Thursday 31 March 2011

Siapa mereka?

Setiap team kalo kita tengok mesti wajib ade key player(pemain kunci..erk).Selalunya player yang jadi penggerak untuk kelab kebanyakkan akan jadi kapten untuk negara diorang.Kadang-kadang dalam 1 national team tu ade sorang dua je player power,faymes,menyerlah dan berjaya.Bila sebut negara tu,orang akan ingat or terlintas muka diorang je.Selalunye jadi dekat negara yan bukan kuasa kuat bola sepak dunia la.Rare punye.Yang jarang produce player power.Just sekali sekala tersesat sikit-sikit.Power la macam tu kan sebab dalam ramai-ramai orang dalam negara tu tibe-tibe diorang ni yang terhebat.Macam mane boleh hebat??itu aku tidak tau la.Special training+baka kot.Ade juga player yang team boleh tahan power tapi asyik muka die je keluar paper.Orang lain tak ada chance pun.Nape ye??Yang lain kacak juga pe.Ape-ape pun moh kita tengok ler ape kata survey.

Eidur Gudjohnson
Iceland
Mane negara ni??dekat kutub ke??
Banyak team besar die dah main Spurs,Chelsea,Barca.Memang power la kan.

Andrian Mutu
Romania
Kes dadah ganggu karier die.
Striker terulung Romania.

Emmanuel Adebayor
Togo
Ade sape2 lagi kenal budak Togo lain??
Nasib Real Madrid selamatkan die dari lemas
Dwight Yorke
Trinidad n Tobago
Mane talent pak Alex jumpe ni.
Ganaz giler.

George Weah
Liberia
Player kulit hitam yang hebat pade era die.
Hanya Frank Seator je mampu atasi. =p

Edin Dzeko
Bosnia
Makhluk paling bersinar dekat Bosnia.
Ali Abdullah Harib Al-Habsi
Oman
Golkeeper Asia paling berjaya
Tolak ketepi Mark Swharzer.Dia budak Aussie.
Ryan Giggs
Wales
Legend.Die je hebat time dulu,kini dan selamanya.
Bellamy tak hebat ye.
Ole Gunnar Solskjaer
Norway
Tak ade Norwegian yang mampu ikut jejak die.
Riise denga Carew sipi-sipi je.

Roque Santa Cruz
Paraguay
Paling feymes sebab kejambuan die.
Cair awek tengok woi.
Luis Antonio Valencia
Equador
Abang Katang ni.
Meh la lawan body kalo gagah.
Johnny Evans
Northern Ireland
Tibe-tibe sesat main Man U
Bukan calang-calang ni.

Safee Sali
Malaysia
Die akan cuba jejak langkah player yang dekat atas ni.
Perjalanan solo yang masih jauh.


p/s:cam bias pula ramai player MAN U.Tak sengaja okayyyyy.Ewww..







Wednesday 30 March 2011

Tolak ketepi Kesahihannya


Gambar atas ni aku amik dari blog mamat ni yang amik dari page fb Presiden FAM Sila Letak Jawatan.Member aku suruh komen.Tapi aku pun tak tau nak komen macam mane.Email atas ni sebenarnya regarding ketidakpuashatian rakyat Malaysia terhadap perlawanan persahabatan yang di aturkan FAM antara Malaysia dengan Etoil FC.Ramai yang marah dengan FAM.So,penulis email ni(Khirul Shazely Abd Razak) membuat satu langkah drastik dengan cuba mengajak pasukan kebangsaan Malta menentang pasukan negara kita.Ini ape yang khirul tulis dalam page PFSLJ dekat fb.


Email kepada FAM:-
"Saya Khirul Shazely menghantar email kepada pasukan kebangsaan Malta untuk mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa dengan pasukan kebangsaan Malaysia. Kemudian saya telah menerima maklum balas dari Lawrence Ellul dan mereka berminat untuk mengadakan perlawanan tersebut. Di harap pihak tuan dan puan dapat memberi maklum balas serta proposal kepada Lawrence Ellul secepat mungkin supaya perlawanan persahabatan dapat diadakan pada bulan April ini. Di sini saya tiada kepentingan peribadi cuma untuk melihat pasukan kebangsaan dapat mengadakan perlawanan persahabatan yang bertaraf antarabangsa setiap bulan.(Sila lihat message yang saya terima daripada Lawrence Ellul)"
Kerja saya telah selesai kali ini tanggungjawab FAM untuk melaksanakan impian peminat tempatan.


Respon dari email itu,persatuan bolasepak Malta ready je nak main.Just bagi tarikh dengan venue.Setel je benda tu, game on kalo Malta punya team free.Nampak mudah,cepat,tuntas.Menarik aku tengok inisiatif die ni.Kerja ikhlas macam ni perlu di puji.FAM perlu lihat perkara ni dari perspektif yang lebih terbuka.Pihak jawatankuasa pertandingan antarabangsa FAM perlu ambil berat perkara ni.Kalo Khirul boleh setup match semudah itu,apekah FAM tak boleh buat??Organisasi yang sudah lame ditubuhkan macam FAM tak mungkin tak tau bagaimana nak urus perkara macam ni.Sepatutnya benda ni semudah memasak nugget ayam ayamas.Tapi FAM menampakkan perkara ni seperti sesuatu yang susah.Kredibiliti FAM akan dipertikaikan oleh peminat bolasepak tempatan.Sejauh mane organisasi ni mampu membantu kemajuan bolasepak kita.Aku tak nak salahkan FAM sepenuhnya tapi kadang-kadang terdetik nak rase macam tu.Mungkin FAM dah cuba,tapi mungkin cubaan tu tak cukup.FAM kene bijak merangka perkara ni.Plan A tak jadi,pakai plan B.Plan B tak jadi pakai plan C.Buat la banyak mane pun plan asalkan perlawanan persahabatan antarabangsa tu berjaya.Aku tak tau plan diorang.Tapi untuk friendly yang lepas bagi semua peminat plan diorang gagal.Fikirkan perkara ni.Bukan untuk diri sendiri.Bukan untuk FAM.Tapi untuk seluruh peminat bolasepak Malaysia dan mase depan bolasepak Malaysia.KAMI bukan bekerja untuk mencari kesalahan FAM.KAMI juga bukan melatah.KAMI hanya rasional.

PEACE.OUT.


Tuesday 29 March 2011

Top scorer


Pecah Kaca,pecah gelas
Ade ubi,ade batas

Kalo korang terror sangat korang beli pantun ni.Lagi elok kalo beli borong.Kenal mamat atas ni??Pak man tempe kenal tak kan korang tak kenal.Beberapa hari yang lepas die telah berjaya menjaringkan dua gol menentang Czech sekaligus memecah rekod sebagai penjaring terbanyak untuk pasukan La Furia Rojas yang selama kehidupan ini di pegang oleh jejaka bernama Raul GonzalezZzZZzz.Catatan baru ni adalah sebanyak 46gol iaitu 2 gol mengatasi Raul.Raul tak ade harapan dah nak kejar sebab dah pencen.So,sekarang tinggal Nando je yang boleh cecah sampai 46 gol ni.Tapi time 2020 la ye.Jangan harap la sekarang.i'm sorry~~

Segmen Hari ini dalam Sejarah

Segmen ni aku reka tatkala aku tengah bosan tahap gaban,satria baja hitam dan cybercop.Aku saje nak tunjuk dekat korang beberapa striker yang penah menyinar dalam liga tempatan kita di saat kelahiran aku sampai sekarang.Semua yang aku letak ni yang aku teringat je dan yang aku nak letak.Yang aku tak nak aku tak letak.Striker-striker sekarang aku tak letak juga.Korang pun kenal.Buat ape aku letak.TQ.


Azizul Kamaludin
Legend Pahang.Senyum Sultan bola tengok.Ade abang main defend Azhar Kamaludin
Wan Rohaimi Wan Ismail
Si pelik.Die boleh wakil  Malaysia main striker and defend.Macam mane bekas pemenang kasut emas boleh turun jadi defend??tak paham aku. 
Nizarudin Yusof
Macam-macam team dah main.Pernah jaring tak lebih 5 gol tapi dapat juga call up main negara.Apekah??
Indra Putra Mahyuddin
Still main.Still hebat.Tak perlu kenalkan.
Mohd Khalid Jamlus
Die hanya hebat bila sarung jersey PERAK.Jersey lain die hanya untuk bahan cercaan.
V.Saravanan
Twin striker Khalid.Jaringan final piala Malaysia Lawan n9 paling diingati dan menarik.
Sapian Wahid
Adik Mazlan Wahid.Mesti die sedih tengok team Melaka sekarang.
Hasmawi Hasan
Hebat.Lincah.Kontroversi perkahwinan

Che Hishamuddin
Kaki asyik berbalut je aku tengok.Main macam lipas kudung.
Rafdi Rashid
Ayam katik.Tak reti duduk diam.Bantu Perak pergi final piala Malaysia.
Akmal Rizal
Pemain yang ke luar negara yang paling berjaya.Yang lain bagi aku gagal.
Rusdi Suparman
Name paling senag ingat.Dekat dengan superman.Gol pun suka tanduk.
Suharmin Yusof
Tiba-tiba aku teringat name die ni.
Fatrurazi Rozi
Lincah mamat ni.Kuat juga gaduh dulu-dulu.Tapi rajin dan sangat bahaya.
Hairudin Omar
Pernah gol lawan Chelsea.Melambung kene puji.
Azman Adnan
Ini memang legend.Korang tak kenal sila tutup hidung.
Zainizam Marjan
Adik Matlan Marjan.Main Sabah je.Sabah bah kau.

Liew Kit Kong
Auww sexy nye.Ingat tak gol die tanduk dari jauh lawan indon mase piala Tiger.Tak ingat sudah!!

Cukup ramai ni je.
Ramai-ramai sangat pun buat ape.
Safee Sali juga di hati korang.
Ye dak??

















Monday 28 March 2011

Rogerio Ceni.100th goal.

Tak kait dengan gua.Gua jage penjara.
Bukan jaga gawang gol.

Siapa kata goalkeeper tugas die hanya jaga tiang gol??
Kalo ade yang fikir macam tu memang silap besar.
Sebab goalkeeper pun pandai jaga tepi kain orang.
Tak ade la.
Goalkeeper pun mampu buat ape yang pemain posisi lain boleh buat.
iaitu Menjaringkan gol.
Dalam buku FIFA tak bagi tau ape-ape pasal keeper tak boleh buat gol kan??
Dalam buku kanak-kanak ana muslim pun rasenye tak ada.
Majalah pengantin korang jangan cari la.
Konpem dah tak ada.
Ramai dah goalkeeper buat perangai jaringkan gol ni.
Tapi ade sorang je yang die skor lebih-lebih pula dari keeper lain.
Dengan kejayaan mencecah 100th goal in career
Siapa boleh menyangkal kehebatan beliau sebagai penjaring yang hebat??
Aku sedetik pun tak berani sangkal.
Gol peribadi pun tak sampai 10.
Dah la main standard kampung je.Alahai.
So,tanpa membuang mase  aku dengan ini
Mempersembahkan

ROGERIO CENI.Hiyarkk!!!


Beckham pun nangis tengok aku gol.
Jangan tanya aku nape tak buat gol lagi.
Aku malas je.Bukan tak reti.
p/s:azizul kamaludin pun terkedu kalo macam ni.

Sunday 27 March 2011

Brasil.the beginning of a new era.

Baru habis tengok game Brazil.Brazil tak pernah kecewakan aku.
Brazil tetap Brazil.
Tak kira sape maen.Tak kira sape coach.Tak kira sape refree.Tak kire sape lawan diorang.
Passing la macam mane pun diorang tetap best.
Kali ni Brazil cuba buka lembaran baru dengan gunakan banyak player muda yang kebanyakkan name diorang sipi-sipi je kita dengar.
Paling kuat pun kita kenal Neymar.
Orang lame yang main tadi 4 ketoi je Daniel Alves,Lucio,Ramires dengan Julio Cesar.
Yang lain semua baru isap puting,baru belajar nak merangkak tapi main gempak.
Pembentukkan team baru ni aku kire untuk mase depan yang lebih baik.
2014 target diorang.
Main dekat home.Mesti mau kasi juala ma.Ada botoi ka apek??
Macam mane team lain??
Ada berani fight??

Muka ni yang bakal musnahkan semua kubu

Kutuk la aku sepuasnya.
Aku tetap main 1st team 




Menarik untuk dilihat

Semalam dua game telah menarik perhatian aku.Bukan dari segi result tapi dari segi player yang diturunkan dan performance diorang.

1.Germany 4-0 Kazakhstan
Game ni memang geng Hitler patut menang.Kalo kalah buat malu je.Kene join party costume je lepas ni sebab segan nak tunjuk muka.2 players yang aku lihat mempunyai satu potensi yang baik tapi dari prospek yang berbeza.
  • Thomas Muller penjaring dua gol semalam mungkin bakal menjejak langkah pemain lagenda Gerd Muller.Dalam usia muda die telah tunjukkan potensi yang amat baik.Skill dan kreativiti mampu bawa die pergi jauh.Sejauh mane??Mungkin beribu batu jauhnya.
  • Miroslav Klose.Pada usia yang menjangkau senja nan pilu die masih mampu beraksi baik di pentas antarabangsa.Mampukah die mencatat satu sejarah baru sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang kejohanan??bukan untuk euro 2012 ni tapi untuk world cup 2014.Dengan hanya ketinggalan 1 gol di belakang lagenda Brazil Ronaldo gemok,mampukah die mengekalkan prestasi dan terus kekal dalam kesebelasan utama Germany untuk memecah rekod tersebut. 3 tahun dari sekarang.Nantikan kelibatnya bersama keluarga,rakan-rakan dan bos anda di depan kaca tv tahun2014 nanti.
2.Wales 0-2 England
Selalunya England adalah team yang membosankan untuk aku.Jadi ape yang menarik tentang England untuk kali ni??Line up yang berbeza.Luar dari kotak pemikiran yang biasa.Mereka yang diturunkan bermain dengan baik.Ashley young,Scott Parker,Bent,Dawson dan Wilshere semua main dengan baik.Wilshere nampak matang permainan dari usia.Lincah.kreatif dan bijak.Satu yang menguntungkan England bila ade player dari negara tu main untuk kelab macam Arsenal.Jadi England tak la asyik berharap dekat midfielder robot yang diorang pernah lahirkan.Tapi semalam tactical memang Capello pelik sebab banyak main side kanan.Sebelah kiri tak ade winger.Ashley cole terpakse banyak overlap.Kalo Asra semput dah main macam tu.Mampukah barisan ni menyinar time euro 2012??Silap jawab wahai cik Kiah.

Saturday 26 March 2011

Baik.Kurang buruk.

Pelita Jaya 2-1 Bontang FC
Abam Safee Sali berjaya membantu Pelita Jaya menewaskan Bontang FC dengan menjaringkan 2 gol dalam game semalam.Hebat tak abam Safee adik-adik??mestilah hebat.Semoga die akan terus mempamerkan aksi yang lagi cemerlang lepas ni.Aku bangga dengan Safee,tapi malangnya masih ade orang yang perlekehkan die.Kenape jadi macam tu??sebabnye diorang lagi minat Torres yang tak skor-skor tu. Bak kata iklan dekat radio yang aku dengar,orang Malaysia ni kalo menang pun diorang nak mengumpat,kalah tak payah cakap la.7 hari 7 malam la diorang kutuk kot.Safee skor 2 diorang ckp 'boleh la lawan team last'.Habis tu korang nak die buat ape lawan team last ni??Kerja die buat gol.So die dah buat gol.Nak ape lagi der??haiyaa!!!

Malaysia 1-1 Etoil FC
Result mungkin OK.Tapi game bagi aku kureng.Macam biasa kalo lawan badan, budak Malaysia sure kalah dengan player gagah-gagah ni.Jelas nampak kene body sikit terpeleot.Bola atas mesti kalah punyer sebab diorang tinggi.Tapi yang paling ketara semalam Malaysia tak dapat control game.Passing banyak silap.King Gopal perlu fikirkan sesuatu.1st team dan 2nd team main semalam lebih kurang je.Diorang kene lebih tenang hadapi team macam ni.Norshahrul Idlan Talaha je yang aku nampak die tak gentar lawan sape-sape.Slumber je die main skill dan gelecek.Player lain patut ikut keyakinan die.Sharbinee bagus tapi kadang-kadang kelam.Sama juga dengan Asrarudin.Kelam tak bertempat,throw in pun terlepas.Fakhri punye skor memang smart.Finishing baik dan beberapa set piece yang Malaysia buat pun baik dan menarik.2nd half Malaysia banyak main counter attack.Ade yang jadi ade yang tak jadi.Ade orang kate Malaysia tak mampu main bagus sebab main atas turf.Bola bergerak laju bak bullet train.Diorang tak biasa.Bagi aku benda tu orang ramai tak boleh jadikan alasan sebab FAM dah sediakan padang turf untuk diorang training.Ground macam tu budak-budak ni dah biasa main.Overall fitness nampak agak kurang.Penat lelah aku tengok diorang main.Game laju,bola laju banyak tenaga nak guna.Basah lenjun baju.2nd half ramai aku tengok pakai baju baru.Kesan lipat ade lagi.Friendly lepas ni harap Malaysia mampu pamerkan game yang lagi baik.Perbaiki ape yang patut,pertajamkan ape yang kurang.Kalo ade Safee lagi sedap.Terasa kehilangan Safee semalam=)


Rindukan aku ye...

PEACE.OUT.

Internationals friendlies + Euro 2012 qualifiers (1)

Kita start dengan euro 2012 qualifiers.Kesemua pasukan pilihan yang main semalam semua menepati ramalan dengan mencatatkan kemenangan.So game semalam(pagi tadi) tak ada upset.Semuanya sunset and sunrise.


Hungry 0-4 Holland.
Sneidjer and the Gang bermain sangat baik semalam dengan tactical one touch football.Tak ada masalah bagi the oranje menawal permainan.Hungry semakin hari semakin hilang taringnya even bermain di Ferenc Puskas Stadium.Kehebatan puskas berakhir seiring zaman.RVDV,Ibrahim Affaley,RVP dan Super Kuyt semuanya penyumbang untuk kemenangan semalam.


Luxembourg 0-2 France
Kemenangan yang dijanka.Evra dan Ribery kembali.Tapi aku pelik dengan position Ribery.Dah macam tak main winger je. Philippe Mexes dan Yoann Gourcuff jadi pemusnah Luxembourg.Mexes dah macam pahlawan gladiotar aku tengok.Gourcuff still tak mebuatkan aku kagum dengan persembahan die sebagai seorang perancang.Abam Karim boleh tahan jugak main dengan membuat beberapa gerakan ala Ronaldo Gemok.Malangnya tak dapat convert goal.


Slovenia 0-1 Italy.
Bagi saya spaghetti 1!!!Italy berjaya mencatatkan kemenangan even tanpa kelibat Super Mario dan de 
rossi.Italy terpkase bergntung kepada pemain kelahiran Brazil,Thiago Motta untuk memecah kebuntuan.Sekali lagi anak kelahiran Brazil membantu pasukan lain.


Spain 2-1 Cezh Republic.
Spain terpaksa merasa cuak untuk seketika bila ketinggalan satu gol hasil jaringan Jaroslav Plasil.Tapi David Villa berjaya menyelamatkan maruah Spain dengan dua jaringan yang salah satunya penalti.Ate awok juare piala dunie.Mane boleh kaloh.


Game lain yang tak berapa di beri perhatian.
Austria 0-2 Belgium
Serbia 2-1 Northern Ireland


Untuk internationals friendlies ade 2 game yang menarik perhatian aku.


Korea Selatan 4-0 Honduras
Ganas bukan??keputusan yang diluar jangkaan aku.Tak sangka Korea dapat main sehebat ni.Honduras sekarang diorang ayam-ayam je.Lee Jung-soo dan Kim Jung-woo score 1st half manakala Park Chu-young dan Lee Keun-ho menyudahkan malam gemilang pasukan Taeguk Warriors dengan dua lagi jaringan time 2nd half.


Estonia 2-0 Uruguay
Yang ni je game upset pagi tadi.Semi finalist World Cup tewas tanpa sebab.Suarez terlupa nak jaring gol barangkali.


p/s:jangan lupe game Malaysia malam ni.Astro Arena 801

Tuesday 22 March 2011

3rd eye.Mata helang.

Kadang-kadang tak semua yang kita tengok depan mata tu indah belaka.
Sebab tak ada perkara sentiasa indah dalam dunia ni.
Kadang-kadang kite pun tak tau ade mate yang sentiasa mengekori kite.
Sebab kita pun bukan jenis mate ikut bontot orang .
Kadang-kadang kite tak tau yang setiap perkara yang kita lakukan sedang dirakamkan.
Sebab kita mane pernah ade handycam.
Tapi ade orang even dah tau die dirakamkan,die still tak amik port tentang tingkahlaku die.
Pesen ape orang macam tu??
Itu namenye pesen 'ade aku kesah'
So video yang aku nak tunjuk ni maybe ramai dah tengok.
Saje nak tunjuk lagi.
Khas untuk peringatan kepada semua player,coach dan semua petugas bolasepak.
Jangan cuba buat benda tak senonoh di atas padang.
Jangan sembur hingus sesuka hati.
Jangan acah-acah gay main belakang orang.
Jangan buat french kiss depan orang ramai.
Jangan buat semua tu.Tolong ye.
Buat macam CR7 yang sentiasa control macho depan kamera.
Buat macam kembar n9 yang sentiasa pakai gel smart-smart before main
Buat macam Roberto Carlos setiap masa tight in even main lasak nak mampos.
Ini kerana anda seorang selebriti
dan anda sentiasa diperhatikan.






p/s:jangan main bini orang lain.itu pun boleh nampak.

Harimau Malaya bakal beraksi.

          Sabtu ni  26/03/11 team Harimau Malaya akan beraksi dalam perlawanan persahabatan menetang kelab dari Perancis yang bermain di S-league iaitu Etoil FC.Perlawanan akan diadakan di stadium Jalan Besar,SingapuraMain malam ye.Tak mau main petang ,panazzzz.i tak suke tau.cess.

Di saat pasukan negara lain mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa class A,pasukan Malaysia hanya mampu bermain menentang kelab sahaja.So far King Gopal bawa 2 muka baru iaitu Azidan Sarudin (Selangor) dan Mohd. Rizal Fahmi Rosid (Kelantan).
Rizal Fahmi aku nampak kekuatan die tapi si Azidan aku tak berapa pasti kenapa coach Gopal ambil sebab die main Selangor pun sub.Harapnya apa yang die nampak ada pada Azidan mampu membantu skuad kebangsaan.
Sejauh mane perlawanan persahabatan ni mampu memberi manfaat kepada pemain negara??
Dari sudut untuk menaikkan ranking Malaysia,perlawanan ini memang tak patut langsung diadakan.Rugi.Ramai salahkan FAM atas kesilapan ni.Aku??Aku duduk tengah-tengah.Aku tak rase FAM tak ambil berat benda macam tu.Mungkin ada beberapa kesilapan teknikal yang tak sepatutnya terjadi.Ramai risau Singapura potong ranking Malaysia balik.Tak pe jangan risau kita menang AFF Suzuki diorang tak pun.Esok lusa kita potong la balik.Cuma yang tak sedapnya orang lain naik kita tiba-tiba turun.Enjet-enjet semut pun kalo sakit naik atas.
Dari sudut mempertingkatkan mutu permainan pula,aku harap team ni cukup mantap untuk memberi saingan yang terbaik terhadap pasukan kita.Susuk tubuh yang besar bukan lagi alasan untuk Malaysia bermain buruk.Geng Sepangnyol semua ketot-ketot je.Tapi power je main kan.Orang kata Malaysia patut menang game ni.Aku pula kata,Malaysia pun patut menang game ni.Same je kan ape aku kata dengan ape diorang kate.
Dengar khabar Safee tak balik untuk tugasan kali ni.Pergi bercuti ke Bali kot kan.Tak ape banyak striker lain boleh test nanti.Tak ada la harap dekat dia saje.
Untuk semua pemain Malaysia nanti sila main elok-elok.Passing biar kemas.Contol ball jangan kelam sangat.MALAYSIA BOLEH!!!Sekian terima Sekeh.


Latihan di Wisma FAM


Beshnye lawan kelab Perancia.Cait!!!

p/s:nah tengok ranking Malaysia latest kat sini.Dekat dah dengan Sepanyol=)

Sunday 20 March 2011

Liverpool.Chelsea.

Liverpool (2) vs (0)Sunderland 


1.Overall game tak menarik perhatian aku pun.Sederhana je.Banyak kesilapan mudah dari dua-dua team especially tang passing.
2.Aku tengok Liverpool macam terlalu berharap dekat Suarez.Die la midfield,die la striker.
3.Andy Carrrol biasa-biasa aje kecuali tandukan padu maut yang hampir buat gol tadi.
4.Sunderland banyak pegang bola tapi diorang macam tak reti nak penetrate kotak penalti Liverpool.Idea kurang.Otak jam.Ini punce sebenar diorang kalah.
5.Penalti tadi sumpah tak patut langsung and benda tu bagi semangat dekat budak-budak King Kenny.
6.Gyan dengan Skrtel kalo bertumbuk bagus jugak.(jangan ikut ayat ini ye)
7.Mensah main kalut.Sebab tu dapat 1kad kuning+1kad merah.
8.Pemain sub Liverpool si Joe Cole,Maxi dan David Ngog langsung tak beri impak.Aku tak tau Ngog buat ape atas padang.Sunderland punye pun same.
9.Stephane Sessegnon paling menyerlah bagi aku.Kepantasan dengan skill die kalo main untuk team lagi bagus mesti lagi menyerlah.
10.Gol Suarez smart,freekick die smart.Menyerlahkan bakat sebagai seorang penyerang yang prolifik.Gerakan dan rembatan die dalam sudut sukar memang sangat menarik.Tapi mungkin juga ade sedikit kesilapan dari keeper sebab tak tutup angle betul-betul.
11.Gyan kadang-kadang terlebih berlakon.Nak berlakon sangat pergi casting cerita senja nan pilu.
12.Lucas kalo tak buat lawak tak sah.Tak mencapai taraf sebagai holding midfielder yang hebat.Terlalu biasa dengan mistake yang tak pernah lekang dari die.Still tengah fikir ape kelebihan die.Kalo korang tau sila pm inbox aku.
13.Defend Liverpool tak ada masalah bagi aku.Semua solid.Attacking je kene smart sikit.
13.Game cacamarba.Kelam kabut.Dua-dua team tak ada general padang.Tak ada sape-sape yang betol-betol boleh conduct team dengan baik.Maybe sebab tak ade Gerrard dengan Muntari yang injured awal.


Brazil (2) vs (0) Man City


1.Solid performance by Chelsea(hate to admit it).Both side played with high tempo.
2.Permainan sangat menarik menyebabkan aku lupe game Liverpool tadi macam mane.
3.2 orang player Brasil membantu kemenangan Chelsea malam ni(Luiz & ramires).Gol Ramires memang terbaik.Reputasi David Luiz semakin meningkat.
4.Pertahanan Chelsea bermain sangat baik.Peter Cech nampak tenang menjaga gawang gol.
5:Torres masih kekalkan 'kehebatannya' dengan tidak menjaringkan sebarang gol di samping permainan yang masih di bawah tahap sebenar.
6.Drogba nampak sangat desperate untuk menunjukkan something dalam game ni.Membuat cubaan yang kadang-kadang tak perlu.
7.Man City mungkin merasai kehilangan Tevez.Serangan tak cukup tajam.Shots 5(1)
8.Edin dzeko kurang memberi ancaman terhadap pertahanan Chelsea.
9.Man City kene pecah tabung lagi cari midfielder and central defender yang lagi top.Class A punya.
10.Midfielder Chelsea berjaya kawal game dengan baik.


PEACE.OUT.





Saturday 19 March 2011

Yang KLASEMEN sahaja mampu buat.

Main 10 orang.Still control game.Then buat gol siap.Tak cukup KLASEMEN ke??

OlleY!!!
'Err saya ada soalan ye,'Robinson.
Gua skor beb!!!


Manchester United(1) vs (0)Bolton Wanderes
Credit to the whole team for the superb performance.
Especially, dari Nani,Valencia and Rooney yang banyak berusaha membuat gerakan-gerakan menarik.Energy yang diorang bawa tu menenggelamkan kelebihan player yang Bolton ade.
Jaringan Berba memang terbaik sebab die berada tepat pada masa dan saat yang sangat genting .Even lately die jarang main tapi die still bagi impak yang sangat baik bile Sir Alex bagi peluang.Itu yang kita mau.Orang power la katakan
Terjahan Johnny evans sangat keras ye.He deserved the red card.Tapi harus diingat kekerasan beliau tidak ada langsung berkaitan dengan Juliana Evans,Sam Bunkface mahupun Zizan.




Buat Arsenal terima kasih sebab seri.Susahkan korang je.Wenger kate die suke dengan korang punya fighting spirit.(-_-")
Spurs kalo korang main macam semalam alamatnya lawan Real nanti korang bungkus ler.
Man City sila menang ke atas Chelsea ye.Macam tak biasa.

T_T Lebur.FA Cup QF 2nd Leg.

Terengganu(3) vs (1)Perak (Agg 5-4)
Tak memancor dah kome.Bungkuih dah warung Pak Jabit.Katenye pelanggan dah kurang.Rezeki tak mencurah-curah ke ladang gandum.Itu yang tutup kedai tu.Tahun depan la rasenye baru nak buka kedai baru balik.Musim-musim macam ni telor penyu laku.Biasa la bulan terang sekarang ni.Air pasang.Ketam banyak isi.


Pahang(0) vs (0)KL (Agg 2-1)
'Jangan nak urban sangat'.Itu pesan yang aku dengar dari pejuang-pejuang kemerdekaan Pahang.Anak-anak buah Dollah Salleh tak zaminaminazanggalewa mampu ke separuh akhir.Tok gajah akan bertemu penyu yang akan singgah di rantau abang apabila tiba musimnya.Mudah-mudahan gajah tidak dikejar tikus dan penyu tidak ditindas manusia.


Kelantan(3) vs (0)Felda (Agg 5-2)
Kata orang duit tak mampu membeli segala-galanya.Begitu juga ape yang jadi dengan team Felda.Duit hasil penjualan tanah untuk pembangunan ladang-ladang kelapa sawit tak mampu membantu skuad ini pergi jauh hatta untuk hanya beberapa batu sahaja lagi.The Red Warriors beruntung kerana berpeluang bermain 2 kali di gelanggang keramat gladiator mereka.Semangat Tok Janggut menguasai pemain.Bukan musang berjanggut ye.


Selangor(2) vs (1)Johor (Agg 5-2)
Game ni semua orang tau.Budak tadika pun boleh agak sape akan menang.Ini bukan omong kosong.Ini semua benar belaka.Amri the flying giant(sedap2 aku bagi name) membuat sedikit fuyoo magis dengan jaringan-jaringan beliau.Johor boleh try lagi tahun depan.Tanam nenas banyak sikit.Jangan asyik main politik.Tolong jage sempadan ye jangan sampai di serang orang-orang kota Singa.Auuumm~~~

Ace try test cube tengok



Sekali sekala kita blajor le skill sikit kan.
Video ini aku tengok dari fb member aku si Jenal tu.
Cara-cara untuk dribble.
Nampak simple tapi bagi aku tak la sesimple mane.
Korang jangan risau.Semua tu boleh blaja kan.
If rajin korang training ler.
Lama-lama pandai la.
Kalo tak reti jugak korang pergi main benda lain la.
Sebab itu namenye kaki tak bedung
Pergi main guli or baling selipar aku cadangkan.
Lepas tengok video ni korang try la satu-satu skill ni.
Mane tau 2-3 skill ni korang boleh buat.
Untung-untung boleh buat semua kan.
Budak-budak kalo training dari kecik boleh jadi power woo.
Pak Man coach Kg.Pisang pakai video ni je ajar budak-budak die.
Sekarang dah jadi johan mukim dah diorang ni.
So korang usha-usha dulu video ni k.
Aku nak tengok Hagemaru jap.
Layan~~~


Friday 18 March 2011

Hidup menyusahkan orang


Kenal mamat atas ni??
Bagus kalo korang kenal and lagi bagus kalo korang tak kenal.
Sebab ape??sebab mamat ni kate die kenal Messi je.Orang lain die tak kenal.
Loser.Ingat power sangat sampai poyo tak kenal player lain.
Main tak ade la sampai level pendekar laut pun.
Shahrul Idalan Talaha pun entah-entah boleh fight.
CR7 dengan Messi usah di kenang la.Beribu batu jauhnya diorang tinggalkan mamat ni.
Aku tak suke die ni.
Hidup die ni kalo tak menyusahkan orang tak sah.
Dari Inter bawa ke Man.City ade je hal die buat.
Ape kejadah la die ni??
Tak sekolah ke??
Luar padang dengan dalam padang same je buat halnya.
Kasi main buat hal,tak kasi main kang memekak pula.
Yang latest ni die dapat kad merah time game Piala Europa.
dah la straight dapat red card
1st half pulak tu kene.
Kata Mancini 'Die tidak sepatutnya dapat kad merah sebodoh itu'
Ape yang tak patutnya??
Mario bros ni bukannya cerdik mana pun.
Memang padan la dengan die.
Aku yang tak kisah Man.City menang pun sakit hati.
Kalo aku jadi Tevez dah lame aku taji-taji je die ni.
Haishh!!!
Elok jual je die ni.Jual free je.Baru die tau.
Bayar gaji dah la mahal.Bazir je.
Baik pakai Adebayor lagi bagus.


Super Mario mende kalo langgar kura-kura pun boleh mati


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...