Tuesday 29 March 2011

Segmen Hari ini dalam Sejarah

Segmen ni aku reka tatkala aku tengah bosan tahap gaban,satria baja hitam dan cybercop.Aku saje nak tunjuk dekat korang beberapa striker yang penah menyinar dalam liga tempatan kita di saat kelahiran aku sampai sekarang.Semua yang aku letak ni yang aku teringat je dan yang aku nak letak.Yang aku tak nak aku tak letak.Striker-striker sekarang aku tak letak juga.Korang pun kenal.Buat ape aku letak.TQ.


Azizul Kamaludin
Legend Pahang.Senyum Sultan bola tengok.Ade abang main defend Azhar Kamaludin
Wan Rohaimi Wan Ismail
Si pelik.Die boleh wakil  Malaysia main striker and defend.Macam mane bekas pemenang kasut emas boleh turun jadi defend??tak paham aku. 
Nizarudin Yusof
Macam-macam team dah main.Pernah jaring tak lebih 5 gol tapi dapat juga call up main negara.Apekah??
Indra Putra Mahyuddin
Still main.Still hebat.Tak perlu kenalkan.
Mohd Khalid Jamlus
Die hanya hebat bila sarung jersey PERAK.Jersey lain die hanya untuk bahan cercaan.
V.Saravanan
Twin striker Khalid.Jaringan final piala Malaysia Lawan n9 paling diingati dan menarik.
Sapian Wahid
Adik Mazlan Wahid.Mesti die sedih tengok team Melaka sekarang.
Hasmawi Hasan
Hebat.Lincah.Kontroversi perkahwinan

Che Hishamuddin
Kaki asyik berbalut je aku tengok.Main macam lipas kudung.
Rafdi Rashid
Ayam katik.Tak reti duduk diam.Bantu Perak pergi final piala Malaysia.
Akmal Rizal
Pemain yang ke luar negara yang paling berjaya.Yang lain bagi aku gagal.
Rusdi Suparman
Name paling senag ingat.Dekat dengan superman.Gol pun suka tanduk.
Suharmin Yusof
Tiba-tiba aku teringat name die ni.
Fatrurazi Rozi
Lincah mamat ni.Kuat juga gaduh dulu-dulu.Tapi rajin dan sangat bahaya.
Hairudin Omar
Pernah gol lawan Chelsea.Melambung kene puji.
Azman Adnan
Ini memang legend.Korang tak kenal sila tutup hidung.
Zainizam Marjan
Adik Matlan Marjan.Main Sabah je.Sabah bah kau.

Liew Kit Kong
Auww sexy nye.Ingat tak gol die tanduk dari jauh lawan indon mase piala Tiger.Tak ingat sudah!!

Cukup ramai ni je.
Ramai-ramai sangat pun buat ape.
Safee Sali juga di hati korang.
Ye dak??

















1 comment:

  1. power betul ko john , semua nama ko ingat lagi, aku dah tak berapa nak ingat, lagi lagi keluarga marjan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...