Saturday 28 May 2011

Kalah itu lumrah:Tahniah Barcelona


Alien bak kata Ezzie
Untuk team Barca,true fans Barca sahaja
Korang memang main power,passing tepat,taktikal n set piece superb,player sangat berbakat.Korang tunjukkan yang korang memang layak menang game malam ni dan korang dah lakukan dengan bergaya.3 gol yang korang hasilkan semua smart-smart.Korang boleh bangga,dongak kepala ke atas untuk saat ni.Tahniah saya ucapkan.Untuk Messi.Lu best bro.Betul-betul best bro.
-Pak Najjibb-
Tak ade faedahnya

Untuk all Man U haters sahaja
Thanx a lot sebab same-same tengok game tadi even team korang habuk pun tarak masuk.Sokongan yang korang bagi untuk game final ni sangat la di hargai.Harapnya kita masih lagi dapat lakukan aktiviti yang sama ni untuk season-season akan datang.Ape die??Korang tak dapat ape-ape Cup pun season ni??tak pe jangan marah,lumrah la tu.So tak payah nak benci kami sangat.Bukan dapat piala pun.Akhir kata dari saya,u all tak best pun bro.tak best.Gua palsu je ucap thanx tadi.
-Pak Lahhh-


next time maybe
Untuk team Man U,true fans Man U sahaja
Tahniah sebab pergi final.Takziah sebab tewas dengan Barca.Barca terlalu hebat serba serbi untuk malam ni.They're too good to be true. Tapi korang at least still bagi da very best dah.Itu dah cukup.Adat main.Ada kalah ada menang.Lagi pun dapat 73 juta euro.Ape ade hal??Team lain tak dapat pun ni.Season depan kasi lawan balik.Orang lain bukan mampu pun pergi final ni.Ape-ape pun,you all memang paling best bro.Tak tipu ni.
-Big Momma-

Friday 27 May 2011

Manchester United vs Barcelona


We're the famous Man united and we're going to Wembley
Aku dengan gagah berani akan kata ManU menang.Aku janji takkan tarik balik entry ni macam mane yang aku buat dulu.Barca kalah,kalah,kalah.Aku tak kira ManU menang macam mane pun asalkan tak menang dengan cara berlakon or menipu.ManU akan menang walaupun Barca akan control 70% game.Setakat Messi tu aku bagi Evra je layan.Ok cukup la.Cakap lebih-lebih nanti makan diri pula.Selamat berjumpa pagi ni.Glory Glory Man Utd.




Tuesday 24 May 2011

Goodbye Gary


Perlawanan terakhir Gary Neville sebagai pemain bola sepak yang menyarung jersi kelab terulung zaman ini iaitu ManU.
Gary bermain baik dalam game ni.Walaupun nak pencen die masih lagi fit dari mane-mane right back dalam Malaysia kecuali untuk Daudsu dengan Mahali.Diorang ni selevel dengan Gary masa tua.
Tapi ape yang paling indah dalam tertimonial match ni sebenarnya bila dapat melihat David Beckham bermain dengan memakai jersi Manchester United.
Aku kalo jadi penonton game tu gamaknya datang bukan nak tengok Gary,tapi nak tengok Beckham main sebenarnya.Itu kalo aku la.Orang lain aku tak tau.HOYOHOYO.
Benda ni umpama kalo artis datang kenduri sepupu die la.Yang jadi jemputan untuk kenduri tu bukan datang nak tengok pengantin sangat pun,niat sebenar nak jumpa sepupu pengantin yang jadi artis tu je.Spoil betul kan.Niat tak ikhlas langsung.
Ape-ape pun yang aku mengarut ni ko tetap right back legend untuk ManU wahai Gary Neville.
Farewell.

Takziah


Ucapan ini aku tujukan khas kepada mereka yang malang sahaja.Yang tak malang tak perlu sibuk.

1.Liverpool FC.Sangat malang sebab season depan europa pun tak dapat main.Okay lagi season ni.At least boleh lawan Braga.Kalo UCL tak payah cakap la.Omong kosong je semua tu.Elok-elok berniat nak pergi play-off UCL,last-last habuk pun tarak.

2.Chelsea FC.Malang juga sebab dapat owner yang duit banyak tapi akal tak berapa nak banyak.Jenis tak boleh kalah.Kalo kalah je pecat.Yang dia tau MENANG 1000x.Hantar Irfan Bakti la kalo nak menang sangat.

3.Arsenal.Macam biasa awal season cakap nak rampas title EPL.Bila dah kene tinggal dengan Man U diorang berangan nak dapat 2nd place.Sekali kene potong pula dengan Chelsea.Harapan terakhir untuk peminat adalah dengan dapat kan tempat automatik ke UCL.Malangnya tak dapat juga kene potong dengan Man City.Alahai malangnya~~.


4.West Ham,Blackpool,Birmingham.3 kelab termalang dalam EPL sebab kene tendang turun liga.Ini time kalo tak ade orang sambar Charlie Adam memang rugi.Harapnya adalah salah satu dari team ni naik balik.Jangan jadi macam Melaka sudah la.Turun tak naik-naik.


p/s:yang di kejar tak dapat,yang di kendong berciciran

Sunday 22 May 2011

Pfffttt!!!

Semalam Perak vs Felda United ke Perak vs Gangster Jalanan??Aku tak berapa ingat la semalam.Maybe ade terhantuk mane-mane kot kepala aku ni.Sebab dalam game tu yang aku nampak sekumpulan player bengap yang bukan nak main bola tapi nak terajang orang.Aku tak tau la E.Evalarasan ni ajar ape dekat budak-budak die.Dah macam budak tomoi dah aku tengok.Ikut kira game tu kalo aku jadi refree dah banyak dah player kene kad merah.Syazwan Zainon yang baru masuk main je dah kene kad merah.Nasib die tak main 1st eleven kalo tak belum 1st half dah kene keluar kot.Ghani Rahman patut kene kad merah.Banyak giler terjahan keras die buat tapi 1 kad kuning je dapat.Botak dengan Azi Shahril memang tunjuk hero dalam game tu.Tekel memang keras giler siap naik atas kepala.Lepas tu marah refree macam diorang paling mulia.Botak siap ludah Hisyamuddin.Nasib la player Perak ni berakal sikit.Relax je tak balas pun.Nizaruddin Yusof paling kelakar.Jatuh dalam kotak penalti sebab diving then marah refree sebab tak dapat penalti.Ape ni brader?Malu la dekat orang kampung.Ko dah la menipu,ade hati lagi nak marah refree.Diam-diam sudah la.Satu Malaysia gelakkan ko kot.Chow Chee Weng pula tekel orang,tapi die yang sakit.Nasib die tak marah refree.Cukup la ni.Tak larat dah nak tulis lagi.Eh jap lupe pula sorang lagi player.Hamsani Ahmad.Rajin benar protes.Mujur main keeper tak boleh nak ke hulu ke hilir ikut refree.Habis game baru boleh pokpekpokpek.

Ini pula untuk refree dari Ganu kite.Ganu main bola dah power,tapi refree ni pula tak power.Spoil.Tak ade kualiti.Sekali la dengan penjaga garisan semalam.Tak offside di angkatnya bendara.Refree semalam antara sebab utama player Felda berleluasa mengganas.Die langsung ak tegas.Muka cuak je memanjang.Tak warning pun player yang tekel kasar-kasar.Azi Shahril siap nak tumbuk biler kene kad merah.Die tak cukup berani lagi untuk adili game.Duduk jaga garisan jela elok.

Last sekali.Ini memamg special.Khas untuk Azlan Johar.Jadahnya ko ulas semalam??Asyik-asyik sebut Kedah dan KL.Syazwan Kedah dan Syazwan KL siap.Ape kepala beron ke??Semalam yang main PERAK lawan FELDA UNITED.Ade reti??Adoi la ko ni.Nak ulas biar la betul-betul.Jangan la mengarut je.Rimas la.Bercampur baur perasaan akubile dengar ko mengulas.Nak marah ade,nak gelak guling-guling pun ade.Kesimpulan yang aku dengar semalam Azlan Johar bersembang kedai kopi bersama Haji Zainal.

Untuk semua yang di atas ni.Korang kene tau bola sepak kita ni,wajah kita.Jangan la cemarkannya.Sama-sama kita jaga.Ubah semua tu demi sukan ini.

p/s:entry ini tiada langsung kaitan dengan orang yang tinggal di felda.sekian

Cara kami Cara juara



We are the champions.
We show no mercy to other team.
We played like a champions.
We act like a champions
and 
we end it with styles

The Kapitan
All hail SAF
Champions!!!
Celcom boleh berbangga dengan no ni=)

The feels of champions
Naharam pendek sungguh Rooney ni.
“As they say, if you can’t beat them, join them,"Owen yang cakap
Farewell.The Legend EVDS


Kami juara.Kami bermain sebagai satu pasukan.Kami hormat pasukan lawan.Kami bermain sebagai sebuah pasukan yang juara.Kami lakukan semuanya dengan penuh maruah.Kami berjaya lakukannya bukan hanya dengan 11 orang pemain di atas padang tetapi dengan seluruh warga Manchester United dari pemain,jurulatih,pegawai, sampai la ke penyokong.Cara kami cara juara.

Saturday 21 May 2011

Ini baru Class

Selamgor PKNS season lepas no.3 je.Tak dapat masuk liga super.Tapi tahun ni nampak bersungguh benar anak buah Haji Abd Rahman Ibrahim ni nak masuk liga super.Dari mula season sampai sekarang ni diorang tak ade toleh ke belakang dah.Ke tepi pun diroang tak toleh.Straight je diorang jalan.Habis semua team diorang tinggal terkontang kanting dekat belakang.
Semalam diorang telah di nobatkan sebagai juara liga perdana sebab dah poer sangat walaupun ade baki lagi beberapa game.Apa yang menarik dengan team ni line-up yang sedia ade bukannya dari player-player tersohor negara.Kebanyakkannya tak berapa nak kenal pun.Kira diorang ni bakat baru and lama yang di bentuk la.Even diorang ni tak faymes,diorang still boleh main dengan baik ditambah oleh beberapa pemain berpengalaman.Yang lagi best team ni masih belum pernah kalah dalam saingan liga sehingga saat aku keluarkan entry ni.Dalam 19 game pula diorang just bolos 5.Agak-agak apa team la yang kebal macam ni?Defend die makan apa pun aku tak tau.Keeper die aku rase mesti sehebat keeper shaolin soccer.Tak pun se power keeper MJ dalam cerita estet.Season depan masuk liga super harapnya tak diayami la ye.


Untuk Johor,Penang dan Melaka yang lagi jauh ke belakang.ini pesanan dari aku.Lu Orang PIKIR la sendiri

Friday 20 May 2011

Padu

Sekarang tengok Liga super mesti aku geram dengan die ni.Ape makan die ni sampai asyik form je?King Gopal kalo tak bagi die 1st eleven jaga la.Ashaari Shamsuddin ade.Tak payah sibuk bagi orang lain main.Aku memang cuak kalo tengok die bawa bola(kalo aku opponent la).Rembat pula bukan main padu.Tengok la macam mane die skor lawan HMA hari tu.Berdesup perginya.Korang team lain jaga-jaga ye.Ade 6 game lagi die nak mengganazzzz.



Mung lepah ni main 1st team aku deh!!!
Ok bos.Lama dah saya nak main 1st team(cakak KL la pulop)

Tuesday 17 May 2011

Khalid Jamlus

Tahniah dekat Kelantan sebab berjaya mengayam-ayamkan Selangor.Duduk atas liga tak semestinya power sangat.Liga Malaysia je ni.Anytime team atas boleh kalah.
Game tu aku nak kredit dekat sorang player.Kalo korang tengok game tu pun korang akan cakap die paling menyerlah.Kalo korang cakap orang lain maknanya korang ni buat.Buta hati namanya.Pemain yang aku maksudkan mesti bekas pemenang kasut emas liga super dan bekas pemain kebangsaan.Khalid Jamlus.
Die ni kalo main selalunya jadi stok kutukan.Lembap la,pemalas la,bontot berat la.Macam-macam orang kutuk.Tak dapat kejar bola je kene maki.Ade time boleh la maki,tapi kadang-kadang baik korang maki je midfield yang bagi bola dekat die tu.Dah tau Khalid tu lembap,lagi nak bagi bola jauh-jauh.Suruh die kejar.Tak ke kerja bodoh tu.Umpama korang suruh aku pam tayar kerta api la.
Nasib game yang tu midfield semua bagi bola comel je dekat die.Die pun baru la boleh perform baik punya.Aku kata game tu die man of the match.Sebab ape?Sebab die bagi thru pass maut 4 kali dekat player lain untuk jaringkan gol.Semua thru pass tu bagi player lu dalam keadaan 1 on 1 dengan keeper.Tapi malangnya satu pun diorang tak convert jadi gol.Ramzul 2 kali,Chanturu 1 kali,Piya kot sekali.Kalo tak memang dah kene 5 biji lagi team the red baby giants.
Dengar kabor kontrak Khalid dengan Kelantan 6 bulan je.Tengok performance kebarangkalian di sambung amat tinggi.Good luck la ye.Satu lagi ada orang pesan 'Senang-senang balik la Ipoh hahahahaha....'


Team sekarang
Gua rindu la lu pakai jersey ni...kih3..


p/s:entry dari peminat setia.

Monday 16 May 2011

FA final

Kelantan vs Terengganu untuk final pial FA tahun ni.
Betapa hebatnya aku buat entry siap keputusan lagi before match berlangsung.
Aku janji takkan tarik balik entry ni kalo prediction aku salah.
Fuhhhh~~~

Sunday 15 May 2011

Yang mane pilihan kalbu


Kejap nak gelak,
hihihihihi.
Ok dah gelak.
Aku konpius sekarang ni.
Tak tau sape yang bangang.Hurm~~

Saturday 14 May 2011

Kalah.Rasuah


Kene tibai sikit rasuah,kene tibai sikit rasuah,kene tibai sikit rasuah
Cuba la cakap macam ni,
Team main kurang baik,taktikal semua tak jadi,banyak kelemahan perlu baiki.
Apa susah sangat ke nak mengaku??
Tapi ini aku dengar ape orang cakap la.Mane la aku tau ade rasuah ke tak sebenarnya HAHAHAHAHA.
Aku bukan BPR pun.
Kalo betul la ade rasuah,aku bagi keeper Selangor yang main rasuah.
Main macam hape.Pergi balik main liga kampung lagi bagus.
Kalo tak caya korang tengok video bawah ni nanti

Esoknya aku tengok berita.
Aku gelak sorang-sorang.Sebab ape?
Sebab K.Devan buat gaya tak ade suara bile nak kene interview.
Kesian.Penat jerit la tu.
Tapi aku tak tau la betul ke tak die tak ade suara.
Kalo betul tak ape la,tapi kalo tak betul tu yang tak style.
Takkan nak mengelak kot.
Kelakar pula aku tengok time die tak mau kene interview tu.
Bersungguh buat gaya tak ade suara.
Alahai~~

Yang penting game  hari tu Kelantan memang power.
Bukan setakat team je power,fans pun power.
Dari jauh datang,relax je.Katenya bukan selalu dapat datang.
Duit tak ade masalah.Boleh cari.
Tapi fans Selangor yang tinggal sekangkang kera je dari stadium pula yang buat dek je tak datang.Ade la yang datang.Tapi patutnya lagi ramai.
Tunggu depan tv kot berharap astro arena tunjuk game tu.
Ape barang tengok dekat tv.Caitt!!
Stadium tak pernah jejak tapi kalo menang habis satu Malaysia di canang.
Mende perangai macam tu.

Final aku tau dah sure Kelatan vs Terengganu.Jom ke lautttt!!



p/s:player Malaysia kuat je main bookie.Ce try cari sape.

Manchester

Semalam adalah malam untuk Manchester.Bukan untuk Liverpool,bukan untuk Chelsea,bukan untuk Arsenal,bukan untuk mane-mane team selain Manchester.Selangor pun termasuk dalam senarai.


Kejuaraan ke-19 liga.Team paling berjaya di EPL.Manchester United.Thanks to Chica yang dapat kan penalti and Rooney yang rembat penalti masuk.Ending game anti-klimaks sebab semua player umpama mengadakan sesi pemanas badan untuk 7 minit terakhir.Dah macam kawan baik.Sama-sama nak kan point.Tapi apu pun jadi yang KLASEMEN tetap KLASEMEN.New record holder.Champion of EPL 2010/2011


Ini orang nya,bukan orang lain


Cari aku yang mane satu
Penalti der
Crucial moment
Legend beruban



35 tahun tanpa kejuaraan.Team paling banyak membeli belah season ni.Juara piala FA.Manchester City.Terima kasih dekat Yaya Toure yang berjaya jaringkan gol dengan rembatan deras yang di beri nama 'rembatan seperti tiada hari esok'.Kalo kene kepala Sorensan bola tu,konpem kepale teleng jadinya.Tevez jadi orang pertama yang julang piala untuk Man City selepas semua fans tunggu selama 35 tahun.Lama tu.Anak dah boleh 4-5 orang.


Champion!!!
Berapa juta lagi mau tahun depan??
Yehaa!!!
p/s:lupa ucap tahniah dekat Barca yang menang liga.gua agak busy.Sorry ye Pique.Aku rase entry ni penuh dengan kemalasan.Sekian.

Tuesday 10 May 2011

Kerja VS Bola

Mane stadium nak penuh dekat KL,
24/7 macam ni.
Kerja,
Duit,
Kerja,
Duit,
Kerja,
Duit.

Bola??
Stadium??
Tak ade masa.
Bagi makan anak bini lagi bagus.

Sunday 8 May 2011

Manchester United Haters




Khas untuk semua Manchester United haters.

Korang tau tak lagi 1 point Man U nak menang title ke-19 BPL?
Ke 19 tau,bukan yang ke-18.
Yang ke-18 tu lame dulu dah diorang dapat.

Korang tau tak kejuaraan liga sekarang berapa penjuru?
Tinggal 1 penjuru je.
Budak-budak SAF lumba sesame sendiri.

Korang tau tak Howard Webb hari ni tak pakai baju Man U?
Die pakai baju singa biru tau.
Tapi tak boleh menang jugak.
Ape la bangang.

Korang tau tak Park Ji Sung tu sape?
Die tu player paling power main tadi.
Setakat Luiz afro tu makanan je bagi die.

Korang tau tak Chicharito bace doa ape tadi?
die doakan kesejahteraan semua Man U haters.
Baikkan beliau.

Korang tau tak yang Liverpool baru menang 18 kali BPL?
Kalo nak tau lebih lanjut,
pergi tengok dekat history channel.

Korang tau tak fernando gorres?
Die tak score lagi game tadi.
Ape die buat atas padang pun aku tak tau.

Korang tau tak Chelsea bakal dapat funding 80m season depan?
Nak beli player terror-terror katenye.
Buang tebiat ke hape orang Russia tu.

Korang tau tak Arsenal kalah dengan Stoke?
Hingus budak Arsenal bertabur dalam padang.
Tak senonoh.

Korang tau tak yang Man U ni memang KLASEMEN?

Selamat Hari Mama

Selamat Hari Ibu,
Selamat Hari Ummi,
Selamat Hari Mak,
Selamat Hari Mummy,
Selamat Hari Mama,
Tanpa diorang,tak ada la budak-budak bola ni.
=)

Saturday 7 May 2011

Forza Milan

Roma irama,Italy.

Serie A dalam genggaman.Kejuaraan liga ke-18.Scudettos yang pertama selepas tujuh tahun.Selepas skandal bolasepak yang pernah jatuhkan diorang.Akhirnya kegemilangan diorang kembali.Kembali dengan penuh gah.Satu kejayaan untuk Massimiliano Allegri yang ambil alih kerja terbengkalai Leonardo yang tinggalkan Milan.Tahniah buat Milan.Takziah untuk Inter.Agak-agak Gattuso goyang ke kepala Allegri macam die pernah buat dekat Ancelotti?

Misi merampas Serie A dah berjaya.Maybe board Milan perlu buat team untuk dapat pergi jauh dalam UCL pula.Asyik sangkut awal je semenjak dua menjak ni.Beli la Ganso,beli la Hulk,beli la sape yang korang nak.Beli Brasil pun tak ape.

Woi Gattuso!!!senyum ape?

Syukur menang,syukur.
Kehadiran Pak Brahim dalam team sangat membantu.Die jadi top scorer untuk kelab even 14 gol je.Tapi it still satu sumbangan yang bermakna.Untuk rekod die dah berjaya berada di puncak liga untuk 8 tahun berturut-turut dengan 5 kelab yang berbeza.Hebatnya Pak Berahim!!!

Wooohaaa!!!



Sepangnyol,Kuala Lumpur

Sevilla 2-6 Real Madrid
Misi abam Ronaldo untuk kejar Messi punye gol dalam la liga macam dah berjaya sebab semalam die sorang je dah tibai 4 biji gol kat Sevilla.Rekod peribadi die 42 gol berjaya die pecahkan semalam.Masuk gol semalam die dah buat 46 gol untuk season ni.Betoi-betoi mengamuk abam ni.Hebat tak ingat.Ini orang kata perlaburan bijak.Kalo main saham dah lama kaya.Boleh tak abam dapat kasut emas season ni?Harapnya mampu la ye.By the way,Nuri Sahin bakal masuk Real next season.Macam ade peluang cerah je Mourinho nak dapatkan UCL nanti.

Campak la dekat mane pun

St.Pauli 1-8 Bayern Munich
Kecewa betoi nampak bila terlepas kejuaraan Bundesliga.St Pauli jadi mangsa kekejaman diorang.Mujur la tak sampai 10 biji gol diorang buat.Semua star nak sumbat semalam,Gomez 3,Robben 2,Ribery 2,Buyten 1.Ini macam warning dekat Dortmund yang diorang bakal rampas balik kejuaraan tu next season.Jaga-jaga cik Salmah,jaga-jaga ya.

p/s:main bola terror mane pun tak guna kalo tak sayang ibu korang.Selamat Hari Mama.=)

3 penjuru

Liga Super sekarang makin aummm~~ bila 3 team teratas masing-masing bersaing sengit menuju ke puncak.Puncak liga super ye,bukannya yang 'menuju puncak gemilang cahaya'.Itu untuk orang yang tak de hala tuju,yang dah putus semangat hidup.


TRW terus mengorak langkah.Leading dengan kelebihan jaringan gol.'Messi Malaysia' ade.Memang power la kan.Team power.Fans pun power.Stadium aku dengar penuh je setiap game.Sampai ade yang tengok celah-celah pagar.Itu macam la baru true fans.Mintak KAFA buat stadium baru la.Baru style.


Selangor still menang even stadium tak penuh.Ni dari ape aku baca la.Aku rase player Selangor elok main negeri lain la.Negeri lain at least ikut team.Team power,stadium penuh.Team tak power,stadium tak berapa penuh.Ini team power pun orang yang datang malu-malu kucing je.Kemon la orang Selangor.Kasi penuh la stadium.


Terengganu pula still cool je follow dari belakang.Tunggu mase dua team atas die ni tercicir point.Diorang relax 2nd round ni sebab banyak main home.Kalo diorang menang semua game home memang ade peluang juara liga.Team ni yang aku jangka menang liga.Tengok end of season nanti betul ke tak tekaan aku.

Wednesday 4 May 2011

Manuel Neuer.


Game semalam sedarkan aku,
Mamat atas ni tak hebat mane pun.
Porpaganda je lebih.
Setakat tepis bola atas je power.
Ground ball fail terus la die ni.
Tak payah pergi Man U pun tak pe.
Boleh cari keeper lain
Khairul Fahmi mungkin?
Aumm~~

4-1(6-1)
Bola macam ni pun tak boleh setelkan

Smalling tenang je layan

Aku legend

p/s:2nd team Man U pun jauh lagi power dari Schalke punye 1st team

Tuesday 3 May 2011

#4th El Clasico:As we expected

Semua orang dah jangka keputusannya.Barca ke final UCL,Real Madrid kecundang di tengah jalan.Game pagi tadi macam biasa Barca pegang tapi tak semudah hari-hari sebelumnya sebab player Real pressure kaw-kaw punyer biler diorang dapat bola.Tapi kalo dah name Barca macam mane pressure pun diorang tetap boleh handle.Kandang-kadang je kantoi.


Game tadi aku tak paham sebenarnya kenapa gol Higuain tak kire.Ape korang tau ke kenapa jadi macam tu??Tak ade sebab pape tak pasal-pasal je batal.Konspirasi ke refree??Jangan nak jadi USA sangat.Kalo gol tu kira maybe ia boleh jadi major turn on untuk Real kejar balik 2 gol yang diorang kene tinggal hari tu.Real beruntung sebab ade Iker CasIkhlas.Semua bola yang Barca try die nak selamatkan kalo boleh.Punya la cekap.Kalo macam ni punye main sampai ke tua la Reina dengan Valdes main sub je untuk Sepanyol.


Barca main memang superb dan menjadi lebih superb bila diorang tak menipu dalam game semalam.Total football yang diorang terapkan memang paling berjaya dan sempurna.Tak ade siapa pun yang boleh pertikaikan.Iniesta punya thru pass dekat Pedro semalam sangat mengancam sanubari aku.Vision die sangat baik sampai boleh buat thru pass macam tu.Budak kecik tu pantang la bagi main.Mula nak tunjuk terror.Kegampangan akan terasa bila kita jadi opponent dekat budak yang macam Iniesta ni.Makan nestum pun boleh jadi hebat.


Satu halangan lagi untuk Barca dapatkan UCL Cup.Kepada Pep Guardiola,jangan senyum lebar sangat sebab aku akan hantar team yang sebenar untuk mencabar korang final nanti.=)


Generasi ini masih tak tercabar.
11 Messi kene fouls 20 kali dalam 11 UCL game.Paling banyak kene.Aku pun nak tackle kalo tengok Messi.
29 Real Madrid buat 29 fouls.Paling banyak dalam UCL.
112 Dalam 5 El Clasico season ni Real dah buat 112 kesalahan dekat player Barca.
Naharam,sebijik pun Ronaldo tak try semalam.1st time sejak die masuk Real.
123 Xavi completed 123 passes for Barca.Real Paling banyak pun diarra,37 passes

3 biji

Dah 3 game berturut-turut Perak bolos 3 gol.Begitu murah hati Perak lepaskan gol sekarang ni.Bermurah hati tak bertempat.Nak murah hati pun biar la time derma je.Time macam ni orang tak marah kalo kita kedekut.Orang akan senyum dan ucap terima kasih kalo gol Perak tak bolos.Cari balik formula 1st round dulu.


Kejor Yob,jangan tengok saje.

Sunday 1 May 2011

Juara baru bola sepak German

Kali ni bukan nak cakap pasal Bayern Munich.Bukan juga nak cakap pasal Bayern Leverkusan mahupun Shalke 04.Sebab diorang tak power season ni.Ada team lain yang lagi power.Mari ramai-ramai ucapkan “Der unbestrittene Meister der Bundesliga!!” dekat team paling power untuk Bundesliga season ni,Borussia Dortmund.





BVB clinched bundesliga title selepas menewaskan Nurenberg dengan jaringan 2-0 walaupun masih berbaki 2 games.Dengan stadium Signal Iduna Park yang full house,mane mungkin players BVB biarkan pasukan lain menang dalam game tu. Sungguh bergaya rasenye.Liga tak habis lagi tapi Cup diorang dah sapu.Players pula pakai apa yang ade je.Tak payah sibuk beli player faymes-faymes.Tak gitu Bayern??Kunci kejuaraan diorang musim ni sebenarnya sebab diorang ada pertahanan yang kental. Kental tak kental la kan kalo 32 matches bolos 19 je.Apa diorang letak kapal terbang ke depan gol tu??Attacking pula no.2 power dalam liga lepas Bayern.Eh power gak Bayern ni??cess mane ade power kalo bolos pun nak lebih juga.


Kalo nak sebut player-player yang ade dalam team ni aku rase sorang habuk pun tak penah masuk kosmo tak pun metro.Memang tak faymes.Yela kita ni tau line-up Bayern je pun.Itu bukti faymes tak mampu beri kejayaan.Tak payah kahwin dengan artis pun boleh menang.Team ni adalah salah satu masterpiece dari Jurgen Klopp selepas kali terkakhir diorang menang tahun 2002.Tanpa tonggak yang dapat long term injury macam Nuri Sahin, Shinji Kagawa, Sebastian Kehl dan defender Patrick Owomoyela,BVB still mampu menunjukkan prestasi yang mantap.Dah la majoriti player team ni bawah 23 tahun.Nampak macam hingusan je kan,tapi relax menang league.Arsenal apa buat??Sampai meleleh hingus pun tak menang-menang.Tolong kasi ajar sikit Arsenal ni boleh tak BVB??


Mencurah-curah beer ke ladang gandum
Amik coach!!!
80,720 crowd
Nuri Sahin.Wonderkid yang aku kenalkan dalam entri ni
Shinji Kagawa.Aku injured pun diorang still power

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...