Tuesday 28 June 2011

Bernafas dalam lumpur

Giler ape aku dah lame tak update blog.
Punye la malas aku ni.Nafsu serakah tu tak sampai-sampai bile aku terfikir nak tulis.So sempena aku tibe-tibe tulis ni aku gabung la semua kejadian yang dah berlaku sebelum ni


Malaysia Olimpik
Tahniah sebab akhirnya melangkah ke pusingan akhir zon Asia.Saat-saat yang semua penduduk Malaysia tak kira ceruk mane dah lama tunggu.Menjadi 12 pasukan terbaik zon Asia dan satu-satunya wakil dari Asia Tenggara amat menterujakan aku.Malaysia sekarang pelan-pelan mendaki tangga yang tinggi ni.Aku dongak ke atas.Aku nampak kipas berpusing laju.Teruskan mengaum Harimau Muda ku.


Malaysia dewasa
Esok lawan Taiwan.Dengan rekod dan reputasi yang semakin baik harapnya diorang mampu benam Taiwan di Bukit Jalil.Pemain-pemain berbakat era ini di himpun jadi satu.King Gopal kate 'yang penting saya mahukan kemenangan'.=)


Piala Emas Concacaf
Mexico gah dengan menjuarai Concacaf kali ni.Player-player muda berbakat.Kalo Amerika Selatan ade Brazil,Yurop ade Spain tapi Amerika Utara Ade MEXICO.Mister potato senyum je tengok dos Santos punya gol.


UEFA under-21
Dah kalo tonemen dekat yurop tak ade dah orang lain boleh menang kalo bukan Spain.Tak kira la umur berapa pun,Spain jugak la yang power.Yang tak power-power tak kire umur tapi glamer pula, England je.Publisiti tak tentu pasal.demnyu.


p/s:ok berjaya habiskan.fuhhh berpeluh

Sunday 12 June 2011

PialaFA Final:Ganu Kite!!!

Satu Malaysia tahu yang semalam Terengganu menjuarai final piala FA selepas 11 tahun diorang menanti.Tahniah buat anak buah Irfan Bakti sebab berjaya laksanakan tugas dengan baik.Perlawanan akhir yang aku kire bermula agak perlahan tapi berakhir dengan aksi penuh dramatik.
  • Game 1st half agak hambar sebab kita boleh tengok berapa kali je dua-dua team ni buat shot on target.2nd half baru graf permainan semakin meningkat.
  • Manaf mamat aku kire paling banyak kene tackle semalam.Betul-betul player Kelantan tak bagi chance untuk die bawa lebih.
  • Pemain paling mantap untuk Kelatan semalam adalah Nurul Azwan Roya.Lincah,bijak jaringkan gol,pantas dan rajin.
  • Untuk Skuad peteh pula paling menyerlah sekali Joseph Kalang T di samping Ashaari dan Manaf.
  • Kalang T aku syak die makan sup biawak la.Stamina dah macam hape ntah.Dahsyat woo!!!
  • Floppy of the match aku pilih Abdul Hadi Yahya.Peluang tak sempurnakan,main macam tak ade vision.Mungkin tekanan final buat die tak perform semalam.
  • Daudsu pula bukan tak form,die malang sebenarnya.Own goal yang terjadi tak kene pada masa.Die cube buang bola tu,tapi cara die tersilap.
  • Back four Terengganu bermain sangat baik terutama Marzuki Yusof.Helmi Remeli dan Zubir tunjukkan yang diorang memang layak untuk dipanggil dalam skuad kebangsaan dan olimpik
  • Gol Azwan Roya memang terbaik dari ladang bak ang.Gol dengan bola chip tak ade siapa berani kate gol macam tu tak cantik.
  • Jaringan pertama Terengganu sebenarnya hasil dari gerakan cantik Ashaari tapi berpunca dari kelekaan defend Kelantan.Bertahan sambil lewa sebab dah ingat boleh menang.
  • Set piece untuk 2nd gol Terengganu sangat menarik.Even Kelantan loose marking tapi idea tu tetap terbaik.
  • Sharbinee hampir buat perangai macam Gomez semalam.Mujur je Ramzul tak gol.Suka sangat buat silly mistake.
  • Kelantan kalah bukan sebab tak bagus tapi sebab Terengganu main lagi baik malam tadi.
  • 11 kad kuning semalam dah buktikkan kesungguhan diorang bermain dalam final ni.
Apa sebenarnya membezakan Terengganu(juara) dan Kelantan(naib juara) semalam?
Tolak ketepi skill individu,lihat pada satu pasukan.2 benda yang skuad peteh lebih adalah dari segi mental dan fizikal.Terengganu bermain mati-matian sampai wisel penamat sementara Kelantan hilang fokus untuk last minute sebab tengah leading.Terengganu mampu main untuk 120 minit.Kelantan kurang mampu.Nampak beberapa player Kelantan tak mampu bermain seperti biasa bila masuk masa tambahan.Hanya dengan 2 sebab Kelantan terlepas piala FA but overall both team really did a very good job.=)

Wednesday 8 June 2011

Bye2 Ronaldo gemok




Last moment untuk Ronaldo gemok the phenomenon dalam perlawanan antarabangsa Brazil menentang Romania.Makin gemok la pula die ni kikiki.Dalam game tu die missed 3 chances.Muka nampak penat je.Semput la kot sebab training dah kurang,badan dah naik.Biar la gemok macam mane pun die tu.Die tetap legend.Die tak ade tolok banding.

Monday 6 June 2011

Aku tak power.Kelantan power

HAHAHAHA...gelak dulu.Gelakkan diri sendiri sebab predict salah lagi untuk game liga super tadi.Aku memang tak sangka jangkaan aku boleh tersasar jauh.Boleh pula skuad Peteh kene kitai dengan TRW dekat depan penyokong sendiri.Bukan satu or dua gol diorang kene tapi 3 biji.Kelatan memang power la sebab boleh menang besar dekat Terengganu.Kawe salute demo!!!!


Selangor pula sesedap seserase membantai Perlis 7-1.Woi Perlis main bookie ke hape????Tau la turun liga,tapi maruah kasi jaga sikit la.Malu kat Dato' Shahidan tahu.


Ape-ape pun aku nak wish good luck untuk team coach Ong Kim Swee yang akan lawan skuad bawah 23 tahun kuih Kemboja jam 5 petang waktu Malaysia esok.Ade LIVE kat Nadi Arena ye.Olley!!!
Main elok-elok,jangan main macam orang kene rasuah.Naya dekat BPR nak cek sorang-sorang player.Cukup la yang dah buat tahi ni.


p/s:perlawanan 3 penjuru masih berterusan

Sunday 5 June 2011

Siapa??

Siapa agak-agak yang akan menang Liga Super??

a.Ganu kite
b.Gomo Kelate Gomo
c.Gergasi Merah

Jawapan:aku agak A.
Alasan:A main dekat home isnin ni lawan B.Kebarangkalian menang tinggi.So konpem dah lead 3 point.C pula akan hilang point bila lawan Perak dekat Ipoh nanti.Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...