Saturday 30 April 2011

Warkah berlagu pilu

Kenapa Heurelho Gomez macam ni??Kenapa??Kenapa??
Tak mungkin salah ibu yang mengandungkan kau.
Mana mungkin di sebabkan dari ayah yang penat membanting tulang untuk sesuap nasi.
Apatah lagi guru-guru yang mengajar kau sejak dari kecil.
Ini semua bukan salah mereka.
Tetapi kenapa ia terjadi pada kau, Heurelho Gomez.
Bukan sekali dua,tapi dah banyak kali.
Kau bukan tak hebat,kau hebat orangnya.
Semua bola yang datang dari cubaan yang susah semua kau tangkis sedaya upaya.
Lagaknya seperti penjaga gol yang tiada tolok banding.
Tapi tatkala pihak lawan memberi tendangan persis anak kecil,kau dengan mudah melepaskannya.
Kenapa begitu wahai Heurelho Gomez??
Aku tak sanggup memberi kau kain pelikat semata-mata untuk menyelamatkan bola itu.
Kau kene ingat walau 10 kebaikkan yang kau buat,orang hanya akan pandang 1 kesilapan bodoh kau sahaja.
Kau kene sedar tentang hakikat itu.Muhasabah diri kau.
Fikirkan sejenak tentang semua kesilapan bodoh lampau yang telah kau lakukan.
Kasihani kami,kasihani rakan-rakan anda,kasihani diri anda sendiri.
Tolong,aku merayu pada mu.Hanya untuk kali ini.


-Warkah dari Spurs-


Tak mungkin jadi lagi!!!
Biarkan aku beradu sebentar
Dari pandangan mata penulis
Tak guna lagi bertikam lidah
Anak kecil yang dimaksudkan

p/s:tak gol pun sebenarnya.tapi apakan daya.refree kata ya

TRW mendaki puncak

1.Akhirnya takhta liga super yang di pegang Selangor di rampas oleh TRW hasil kemenangan dengan Kolumpo di stadium keramat mereka.Walaupun point same tapi beza jaringan TRW lagi besar dari Selangor sebab tu diorang duduk atas.Piya dengan Chanturu berjaya jaringkan gol untuk game tadi.Khabarnya Piya menggelecek bola sesedap hati sebelum menyumbat gol.Biso demo golek bola.Supo teruh denge messi.


2.Yob tumbang dilaman sendiri.Seperti ade masalah yang dihadapi barisan pertahanan Yob.1st round punye la kental sampai lepas 7 biji je tapi masuk 2nd round ni baru 3 game dah lepas 9 biji.Macam mane tu??Tau ler musim deghiyan sekarang,takkan kome makan deghiyan before main??Tumpo le cenggitu Yob.Next game main elok-elok ye.=)


3.Perlis indera kayangan.Aku rase team Perlis dah naik ke langit la.Melayang ke sana,melayang ke sini.Kene baham dengan rimo muda pula dah tadi.Kalo kene hantuk dek kelapa muda tak ape la juga.Boleh buat minum.Bile la gamaknya aku nak tengok team ni menang.


4.Team Sawit tajaan Mawi World terselamat dari di kalahkan oleh team Jang.Dua-dua team seri.Kongsi mata.Bagus kongsi mata.Tak bagus kongsi bini.


5.T-Team dengan Pahang pun sibuk nak seri.Tapi lagi teruk sebab dua-dua telur ayam.Sudah-sudah la astro tunjuk T-Team main,muak dah aku rase.Game Selangor pun tak payah.Asyik diorang je masuk tv.Shahidan nak masuk juga.


6.Wan Jamak sangat bergaya sebab bawa Kedah menang dalam game pertama yang die handle.Menang dekat away pula tu dengan Perak.Aku agak Perak kalah sebab takut di Ombak oleh Shafizan.


7.Pengulas Astro Arena.Aku tau korang dah kerja lama jadi pengulas.Semua orang kenal korang.Tapi jangan la tunjuk yang korang ni baru sehari dua bercakap dalam tv.Tau la minat Selangor,tapi tak payah la bias sangat time mengulas.Sampai sudah ha cakap pasal Selangor.Ape ingat orang Selangor je ke beli Astro??Orang Brunei pun ade tau.Bawa-bawa bertobat.Malu dengan orang kampung.=)


I'm Sorry Selangor

p/s:Penang kene tibai lagi.Main bookie ke??

Thursday 28 April 2011

1.Falcao 2.Redelme Falcao




Lame dah tak usha Falcao main.Dulu-dulu je tengok video futsal die.
Sebenarnya aku nak tengok gol Redelme Falcao(FC Porto) yang gol 4 biji lawan Villareal semalam.
Alih-alih jumpa video ni.Terus malas cari goal Porto tu.
Video ni pasal Falcao berlawan skill dengan budak-budak akademi Manchester City.Boleh tahan budak Man City punye skill.Kuat juga menganjing.
Tapi yang tak boleh tahan perangai lain macam je.
Giler kuat budak-budak ni gelak.Macam jakun pun ade aku tengok.
Tapi maybe diorang saje tunjuk excited sebab orang faymes datang.
Part last yang buat pengsan then kene angkat dengan stretcher memang kelakar.Kalo terror buat masa game la.LOL~~

Yang kene interview tadi Academy Skills Coach Man City.
Indahnya kalo kelab dekat Malaysia ade coach macam tu.
Korang tutup mata then bayangkan.Indahkan,indahkan.
Caittt!!!HAHAHAHAHA...





Bagi la juga video Porto vs Yellow Sub Marine.
Aku tau bukan ramai orang tengok pun game semalam ni.
Liga Super lagi ramai orang tengok.
4 gol dari Redelme Falcao.Hebat.
Jangan ingat orang Colombia tau tembak bunuh je.
Main bola pun reti der.


Penipuan tahap Israel



Main cantik,tapi perangai tak cantik.
Apa guna kan??
Ini jenis penipu level-level zionis ni.
Pedro,Busquet,Alves
Kaki kencing.
Hancing.Berterabur.
Guardiola aku tak tau la kaki ape.
Boleh buat gado la team ni.

Video ni ada pasal Alves kene tekel je.
Yang pasal Pedro dengan Busquet korang pergi usya dekat sini.



Wednesday 27 April 2011

3#El Clasico:Lionel Messi

Messi yang lampau hebat.
Apa makan budak ni??
Tak padan dengan kecik la.
Geram aku.
Aku picit-picit juga la die ni.

Yeay!!!menang.Ala comeinye.
Tu dia kutuk CR7 depan-depan siap.
Mane cukup dua orang.Koman-koman 10 orang.
Tolong la ref,saya nak sesuap nasi
Nah amik kau sesuap nasi.
Dro(pedro)bangun nak,subuh dah ni.
Niat dan hobi diorang kalo jumpe.GADO!!!







Tuesday 26 April 2011

Siapa Shalke??


Ade ape pada Shalke??Ade Raul kan korang nak cakap.Lagi sape ade??owh ade Neuer.Lagi?lagi?lagi?Farfan,Edu,Metzelder,Papadopoulus.Ok cukup,cakap banyak-banyka pun tak guna sebab yang aku tengok bekerja semalam Neuer je.Memang cemerlang die ni.Yang lain aku tak tau ape diorang buat.Metzelder harap topeng je macam Mankind,tapi ape pun tak boleh.Haters Man U semalam semua dengan yakin buat ramalan Man U akan kalah.2-0 la,3-0 la,2-1 la,5-0 kosong pun ade.Ape gila la??Ikut sangat game Inter lawan Shalke hari tu.Ini Man U,bukan Inter.Inter ayam.Veltins-Arena tak berapa nak kebal la untuk Shalke nampaknya.Tumbang der.


Man U bukan setakat menang dengan margin 2 gol,tapi diorang sempat kitai-kitai lagi team Shalke ni.Dibuatnye Shalke ni macam team kampung-kampung je.Nasib la tak menang besar.Berapa banyak Man U try??Ade korang kire??aku malas nak kire sebab banyak sangat.Semalam adalah top performance dari Man U.Satu team main dengan sangat baik.Cara passing,cara buka game,cara defend.Semua excellent.Langsung tak terasa ancaman dari Shalke.Raul langsung tak bagi impact.Muka Ralf Ragnick nampak sangat lega tiap kali Neuer selamatkan cubaan dari Chichacute.Semalam dua pemain asia bertembung di UCL.Malangnya hanya Park yang steady.Uchida tak cukup power.Banyak lagi kene belajar.Press hari ni puji melambung Neuer tanpa diorang sedar yang Shalke tetap kalah dan diayami.


Rude boy dan Ryan Giggs tunjukkan yang diorang sangat bijak dalam setelkan bola depan gol.Simple and brilliant finished dari diorang.Pengalaman sahaja boleh tewaskan keeper macam tu.Man U nampaknya selangkah lagi nak ke final.Aku jamin tak ade sape yang berani predict yang Shalke akan bounce back dekat Old Trafford nanti.Ke ade yang buat-buat berani??


Before main lagi diorang plan dah nak gol
ini aku sendiri pun x reti nak describe
Hebat mane pun Neuer,masih tak terlawan dengan Giggsy
Mari berpelukan!!!

p/s:sebut shalke biar betul-betul.Takut tersebut celake je nanti.

Yob yang steady



Perak 5 vs 3 Kuala Lumpur
Yob steady.Malam ni team Yob paling steady.Setelah tewas ditangan penyu,anak-anak buah cikgu Jan kembali ke jalan yang benar dengan membenam cabaran budak-budak urban.Meraka dengan cool merembat masuk 5 gol ke gawang kuala lumpur.Bersungguh nampaknya mereka untuk memungut mata penuh di gelanggang keramat Stadium Olympico Perak.Budak nakal bola sepak Malaysia, si jali tu berjaya sumbat 1 gol.Tapi yang merisaukan bila benteng Perak dengan baik hati telah bagi 3 biji gol dekat anak buah Razip Ismail.Jangan amalkan benda macam tu.Tak sehat.

Kelantan 1 vs 0 Selangor
Game tumpuan seluruh umat Malaysia malam ni perlawanan antara gergasi merah dengan pahlawan merah.
Gergasi sekor nak lawan pahlawan merah berpuluh-puluh ribu.Agak-agak sape menang??Aku kalo jadi gergasi pun terkencing tengok pahlawan ramai tu.Mehrong mahawangsa pun tak mampu kalahkan.Game aku tengok masa 1st half agak hambar.Persembahan Selangor langsung tak menunjukkan yang diorang ni tengah leading Liga Super.Kelantan main lagi baik.Gol dari Mat Yo memang satu taktikal yang baik.Kuat juga tangan Daudsu tu.Gol keeper Selangor hanya mampu sandarkan pada ikatan sanggul yang tak seberapa tu untukcuba selamatkan bola.Malangnya die gagal,.Mane nak dapat der.Shaukei Kahar kene berhenti buat ulasan yang asyik bias pada Selangor.Ulas dah la tak best,lepas tu asyik cakap pasal Selangor.Mane boleh.Pengulas kene neutral.Takkan tu pun tak tau.Humr~~

Perlis 1 vs 2 Pahang
Kembalinya Janos Kreska ke kancah liga bola sepak Malaysia sebagai coach Perlis tak mampu memberi semangat baru kepada seluruh kem Perlis.Main dekat home,tapi still di baham Tok Gajah.Dollah Salleh sure lega lepas beberapa rentetan kekalahan yang diorang alami.Perlis nampaknya boleh kemas beg untuk main di Liga perdana untuk musim depan.SalimTofel garu kepala je la.

T-Team 3 vs 1 Kedah
Aku masih terbayang tumbukan ala ombak dari Shafizan Hashim time lawan HMA.Aku rasa ni balasan untuk team Kedah lepas tumbukan die tu tak dapat apa-apa hukuman dari pengadil perlawanan.Tak ade la gurau jek.Kenari tumbang mesti sebab main tak bagus,tu jek.Nampaknya Kedah akan turun anak tangga dengan kekalahan kedua berturut-turut sejak masuk 2nd round ni.T-Team yang berkira-kira nak pecat Yunus Alif kene fikir 2-3 kali balik lepas kemenangan yang diorang catat ni.

Felda United 0 vs 0 Johor FC
Dua-dua telur ayam.Tak ada apa yang menarik.

HMA 1 vs 1 Negeri Sembilan
Bilo la ekau nak maju ni jang?Den tengok macam tu jugak ha.Aku tak tau la keputusan seri ni cukup ke tak untuk team under Azraai Khor ni.Ingatkan N9 boleh menang al-maklumla Azraai jumpe anak-anak die yang belajar dekat Slovakia ni balik.Sure ade taktikal ampuh punya nak kalahkan diorang.Tapi malangnya taktikal tak berapa jadi,dapat seri je.HMA pula makin maju setapak dua.At least 2 game awal 2nd round ni diorang dapat 4 point.Tak ada la kalah je macam hari tu.

Sabah 1 vs 2 Terengganu
Bakpe hebak ngak set mung ni??Main away pung menang.Dahsyat set ganu ni main.Sekarang diorang hanya ketinggalan 1 point je dari Selangor.Anytime je diorang boleh potong.Tak minggu depan,minggu lagi satu.Saling(Salim) mesti tersenyum lebar bila team tanah kelahiran die menunjukkan performance yang baik untuk season ni.Ape formula Irfan Bakti ni pakai??

Carta liga dari sokernet.com


Monday 25 April 2011

Bebal

Kalo nak kire pemain bebal dekat dunia ni memang banyak,tapi so far yang paling latest membebalkan diri adalah Mario Bahloltelli.Apa yang buat die ni sampai bebal sangat??Nak kata tak cukup makan,duit berlambak je dalam akaun.So kalo dah cukup makan mesti la tak bebal.Tapi kalo orang kata die ni tak pergi sekolah aku percaya.Hatta kalo ade pun orang cakap die tak pergi sejak dari pra-sekolah pun aku masih percaya.Sebab kebebalan die ni tak dapat di bendung lagi.Kalo dah sampai pakai bib pun tak reti,apekah semua tu??Kemon la.Budak kecik yang belum tentu pandai tendang bola pun reti pakai bib ni.Tak payah pergi sekolah la nak belajar pakai benda tu.Kejadah la dia ni.

Mari mak tolong pakaikan

Apa tarian ko buat ni???

Ada satu lagi masalah die ni.Baru je aku baca tadi.Dalam selama jasad die dekat England ni,dah 27 kali kereta Maserati die kene rampas dek penguatkuasa.Punya la teruk perangai.Berapa lama sangat la die dah tinggal dekat England tu sampai 27 kali nak kene rampas??Masalah betul kalo deal dengan orang yang hidup pakai undang-undang sendiri.Kalo sekali sekala kene boleh la terima lagi.Parking kereta dekat double yellow line.Memang saje cari nahas die ni.Duit je banyak,otak tak pakai.Ini la yang orang kata BEBAL BERDUIT.Bawa-bawa la bertaubat.Tau la ko kenal Messi je dekat dunia ni,tapi jangan la berlagak sangat.Caitt!!

"Mario was pulled over by the police and he had £25,000 cash on the passenger seat. They asked him why and he said, 'Because I can'. He doesn't care much for authority."-ESPN SOCCERNET-


Video seni memakai bib

Sunday 24 April 2011

Tak baik tipu

Mak aku selalu pesan,orang tua-tua selalu pesan.
'Tak baik menipu nak,berdozer tau.Nanti masuk api neraka'.
Aku yang jenis dengar kata ni kalo boleh memang elak menipu orang.
Aku pun tak suka buat macam tu.
Kesian dekat orang,teraniaya.
Doa orang teraniaya selalunya dimakbulkan.
Tapi dekat dunia ni orang ada macam-macam jenis.
Yang jenis kuat menipu ni yang ramai.
Ada jenis tipu sorang je,ada jenis tipu orang ramai and lagi teruk ada jugak jenis tipu diri sendiri.


Aku kenal ade sorang yang suka tipu orang ramai dan sekali pakej tipu diri sendiri.
Kire ni 2 in 1 punya.Aku risau bile die buat macam ni.
Dah 6 tahun kot.Apa ilmu la pakai sampai orang percaya giler dekat die.
Satu piala pun tak dapat.Baik main liga kampung,berguni-guni Cup dah dapat.
Lain kali cakap je saya aim no. 3 season ni.
Tak ada la orang ralat dengar.
Player pun cabut lari kalo duduk berzaman dekat situ ape pun tak menang.
Ape ingat hidup setakat nak main bola je ke??
Nak juga merasa menang,nak juga julang piala.
So aku harap akan datang die berubah.
Masih belum terlambat untuk semua tu.
Arsene Wenger kembali la ke pangkal jalan.
Keluarkan la duit beli player power.
Cukup-cukup la menipu,tak bawa ke mana pun.


Korang tatapi serangkap pantun yang aku nak bagi ni.


Siakap senohong,
Gelama ikan duri,
Bercakap bohong,
Lama-lama mencuri.

Robin pun tak mampu selamat kan Arsenal
Maafkan aku sebab tipu korang
Nah amik ang,aku gimnastik dulu
Please Stop it!!!!

GGMU



Saturday 23 April 2011

Torres.Torres.Torres

Esok paper Headline sure pasal Torres,
Muka depan pasal Torres.
Segmen hiburan pasal Torres.
Segmen luar negara pasal Torres.
Segmen pantai timur pasal Torres.
Iklan kerja pun Torres.
Torres.Torres.Torres.

Penyokong Liverpool sebut Torres.
Penyokong Chelsea sampai mimpi Torres.
Penyokong Felda United pun sembang pasal Torres.
Torres.Torres.Torres.

Buruh binaan petik name Torres sambil simen bangunan.
Anak lahir dekat hospital letak name Torres.
David Teo terfikir nak buat cerita pasal Torres.
Pembuat kek buat kek ade name Torres
Kedai Jersay Rantau Panjang untung besar jual baju Torres.
Torres.Torres.Torres.

Hampir 15 jam tanpa goal.
Aku bagi chance semua orang cakap pasal die esok.
Sape yang tak cakap pasal Torres esok maknenye die tengok AF je.

turning shot

ha amik kene penyek




3 orang cukup

Real Madrid 6- 3 Valencia

Satu game 9 gol.
Tak payah pakai player ramai-ramai
Diorang la gol,
diorang la assists.
Lepas ni boleh pakai taktikal 7-0-3
Confirm menang.
Amalkan la ye.
Kalo boleh buat sebelum makan.

Abam skor dua
Gua paling terror,gua hatrik
Ana satu biji la skor
Saya sub je tadi.Tak sempat gol.


Nama ku Merah

Aku dah tak ingat berapa entry yang aku buat yang ceritanya asyik pasal die ni
Pusing-pusing name die ni naik.
Nombor ekor pun tak naik macam name die ni.
Toleh kiri muka die,toleh kanan muka die.
Tembak sini kene,tembak sana kene.

Dah macam angau pula.
Bukan ade poster die pun dalam bilik.
Muka dah la lagi kiut dari Justin Bibir terjuih.
Sepak nak on target je.
Tak main try melalut sampai ke laut.
Apa makan die ni sebenarnya??
Makan senapang ke hape??
M-16

Untuk kali ke berapa aku entah memperkenalkan
Javier Hernandez a.k.a Chicharito


Amukan

Edisi khas untuk kali ni aku nak puji team yang aku selalu tak puji.Amacam boleh tak??
Team yang aku maksudkan semestinya Liverpool.
Malam ni Liverpool tibe-tibe mengganaz tanpa sebab.Kecuali untuk potong Man City dan Spurs.Spurs draw tadi.Ha ade chance dah.
Birmingham ni nak kene tendang liga ke sampai senang-senang bagi orang tibai.
Cup dah menang,takkan nak turun liga.Malu la der.
5 biji gol yang diconvert malam ni bukan perkara yang selalu diorang buat.
Yang selalu jadi dekat diorang ni adalah berjalan beramai-ramai je.

Solid performance @ Persembahan pepejal.
Liverpool kept their Europa League qualification dream alive.
Maxi Rodrigue boleh pula hatrik.Rakus juga die ni rupenya.Ini penangan lame tak main ler ni.
Suarez dan Kuyt tetap maintain power.Tak payah cakap pun orang tau diorang perform punya.
Budak-budak baru Liverpool boleh pakai juga rupenye.Dapat la backup player yang injured.
Player yang orang ingat-ingat lupe macam Joe Cole pun dapat score juga.Ingat season depan boleh pencen dah.
Apa mende yang King Kenny bagi sampai diorang mengamuk macam ni??

Aku hatrik malam ni.Ade masalah?


Friday 22 April 2011

Henry Redbull


Dah lame tak tengok kelibat Henry.
Tadi aku terbace yang Henry goal 2 biji semalam lawan DC United.
Goal New York Redbull semalam semua smart-smart.
DC United pun banyak try tapi luck tarak.
Menarik juga rupenye MLS ni.
Henry macam biasa,still hebat.
Finishing mantap macam Safee
Wenger mesti rindukan beliau.(Henry bukan Safee)
Layan video ni.
Aku nak layan benda lain jap.




This is Thierry Henry


Thursday 21 April 2011

Kaluit.Kaluit.Kaluit.


Menang,menang la juga,
Tapi jangan la kalut sangat.
Sampai Copa Del Ray pun boleh jatuh dari atas bus.
Mujur cup mahal,tahan lasak.
Tak la penyek di lenyek bus.
It's still in a good shape
Aku warning dekat hang ni Ramos.
Lepas ni kasi grip sikit tangan tu
Punce toi.
HAHAHAHAHA!!!

2#El Clasico:Battle of Mestalla

Game Barca Madrid tadi aku tengok dah macam game ultimate fighter.Tak pun macam game main dekat street je.Tak puas hati sikit je gaduh.Rajin bebenor la diorang ni bergaduh.Muka masing-masing macam nak makan orang je.Nasib Valdes tak main,kalo tak die la raja gaduh.Tak padan main keeper,die yang lebih.Dalam sibuk nak bergaduh tu ada sorang je player yang boleh buat semua player lain senyap,Iker Casillas.Sebagai seorang kapten real merangkap kapten Sepanyol,semua orang tak berani gaduh dengan die.Giler respek.Baru style itu macam.


OK buang bab gaduh jauh-jauh ke laut.KIta cerita pasal bola pula cukup.


Kalah-seri-menang
Dari kene tibai samapai dapat menang Cup.Betapa kagum aku dengan the Special ONE sebab bijak susun strategi and tactical.Setiap game die tukar line-up dan setiap line -up yang die ubah bagi keputusan yang lagi baik.Coach yang berjaya cari unlock key untuk tumpas kan team paling dahsyat dekat dunia.Ape otak si Mourinho ni pakai??Tactical semalam bukan setakat elak Barca buat gol,nak try pun payah.Even Barca control game,tapi satu shot pun tak ade dalam 1st half.Real Madrid yang serang sekali sekala pula yang beberapa kali hampir gol especially dari CR7.


Dani Alves beberapa kali kalah main lumba lari dengan Maria.Macam lipas kudung larinya.Taktik letak Pepe main midfield untuk kali kedua memang menjadi.Habis semua kaki di taramnya.Tak payah sibuk nak fikir passing smart-smart macam Iniesta dan Xavi.Potong bola lepas tu terus thru pass.Main counter sudah kata Mourinho.Semua defend Real sangat berdisplin.Mesti jadi pengawas time sekolah dulu ni.


Sepatutnya Real boleh menang dengan lebih banyak gol,tapi CR7 missed beberapa peluang keemasan.Rugi baq ang!!!Tapi jaringan CR7 pada masa tambahan cukup untuk memisahkan dua musuh tradisi ni.Tandukan cantik hasil crossing dari Maria membuatkan Pinto terpaksa mengutip buah kelapa yang bergolek masuk ke gawang die.Pinto ni boleh tahan juga main.Ganti je Valdes bagus juga.Aku lame dah dendam dengan Valdes ni.


First season dengan Real dah dapat Cup.Power la mamat Jose ni.Nantikan dua lagi El Clasico.Tengok siapa pula yang kena.Adios Amigos.


Thru Champion

Gua plan nak gelecek je untuk Cope Del Ray ni,xmo gol.ok tak??
Amacam Pep??Style tak gua score??
Korang ni duduk sekampung pun kuat gaduh ek.

Wednesday 20 April 2011

Transfer dan loan paling berbaloi-versi EPL


1.Javier Hernandez
Siapa sangka budak secute ni boleh sangat menyerlah dalam season pertama die??
Super sub paling berjaya season ni.

2.David Luiz
Even lambat masuk tapi die tetap bagi impact.
Powerful defender n still boleh score.
Murah tak bermaksud tak bernilai.Mahal tak bermaksud berharga.

3.Daniel Sturridge
Die tunjukkan dekat Ancelotti yang die sorang striker yang mantap.
Berape biji dah die skor main untuk Bolton.
Elmander dengan Davies pun naik segan.

4.Luiz Suarez
Pembelian yang berbaloi
Kredibiliti die memang sangat di tagih.
Tapi support kene kuat la.Tak larat die nak buat sorang je.

5.Rafael Van Der Vaart
Die nadi utama Spurs season ni selain Bale.
Sangat bijak dalam mengatur game.
Awek pun cun baq ang!!!

6.Peter Odemwingie
Ini budak dasyat woo.
Obafemi Martin boleh risau dengan prestasi die ni.
Tak kire la West Brom menang or kalah,
yang penting die sumbat goal.

7.Danny Welbeck
Alex kasi pinjam Welbeck dekat ex-player die kejap.
Semakin matang sebab dapat banyak peluang main 1st eleven.
Season depan maybe boleh tolong MU.

8.Chris Smalling
Krisis kecederaan defend MU bagi ruang dekat die ni main.
Die tunjukkan yang Ferguson tak salah beli die.
Ade budak ni ganti,ferdy boleh teruskan main twitter dengan tenang.

9.Darrent Bent
Campak la dekat mane team pun,
die tetap akan buat gol.
Aku tak paham team yang suka jual die???
Power kot mamat ni!!!

10.Akmal Rizal Ahmad Rakhli
Bakal main EPL.Ceh,tipu je.
Transfer paling berjaya so far untuk liga M
Tibe2 menyerlah.
Pemain paling berbakat pada zaman die.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...