Saturday 7 May 2011

Forza Milan

Roma irama,Italy.

Serie A dalam genggaman.Kejuaraan liga ke-18.Scudettos yang pertama selepas tujuh tahun.Selepas skandal bolasepak yang pernah jatuhkan diorang.Akhirnya kegemilangan diorang kembali.Kembali dengan penuh gah.Satu kejayaan untuk Massimiliano Allegri yang ambil alih kerja terbengkalai Leonardo yang tinggalkan Milan.Tahniah buat Milan.Takziah untuk Inter.Agak-agak Gattuso goyang ke kepala Allegri macam die pernah buat dekat Ancelotti?

Misi merampas Serie A dah berjaya.Maybe board Milan perlu buat team untuk dapat pergi jauh dalam UCL pula.Asyik sangkut awal je semenjak dua menjak ni.Beli la Ganso,beli la Hulk,beli la sape yang korang nak.Beli Brasil pun tak ape.

Woi Gattuso!!!senyum ape?

Syukur menang,syukur.
Kehadiran Pak Brahim dalam team sangat membantu.Die jadi top scorer untuk kelab even 14 gol je.Tapi it still satu sumbangan yang bermakna.Untuk rekod die dah berjaya berada di puncak liga untuk 8 tahun berturut-turut dengan 5 kelab yang berbeza.Hebatnya Pak Berahim!!!

Wooohaaa!!!



Sepangnyol,Kuala Lumpur

Sevilla 2-6 Real Madrid
Misi abam Ronaldo untuk kejar Messi punye gol dalam la liga macam dah berjaya sebab semalam die sorang je dah tibai 4 biji gol kat Sevilla.Rekod peribadi die 42 gol berjaya die pecahkan semalam.Masuk gol semalam die dah buat 46 gol untuk season ni.Betoi-betoi mengamuk abam ni.Hebat tak ingat.Ini orang kata perlaburan bijak.Kalo main saham dah lama kaya.Boleh tak abam dapat kasut emas season ni?Harapnya mampu la ye.By the way,Nuri Sahin bakal masuk Real next season.Macam ade peluang cerah je Mourinho nak dapatkan UCL nanti.

Campak la dekat mane pun

St.Pauli 1-8 Bayern Munich
Kecewa betoi nampak bila terlepas kejuaraan Bundesliga.St Pauli jadi mangsa kekejaman diorang.Mujur la tak sampai 10 biji gol diorang buat.Semua star nak sumbat semalam,Gomez 3,Robben 2,Ribery 2,Buyten 1.Ini macam warning dekat Dortmund yang diorang bakal rampas balik kejuaraan tu next season.Jaga-jaga cik Salmah,jaga-jaga ya.

p/s:main bola terror mane pun tak guna kalo tak sayang ibu korang.Selamat Hari Mama.=)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...