Sunday 22 May 2011

Pfffttt!!!

Semalam Perak vs Felda United ke Perak vs Gangster Jalanan??Aku tak berapa ingat la semalam.Maybe ade terhantuk mane-mane kot kepala aku ni.Sebab dalam game tu yang aku nampak sekumpulan player bengap yang bukan nak main bola tapi nak terajang orang.Aku tak tau la E.Evalarasan ni ajar ape dekat budak-budak die.Dah macam budak tomoi dah aku tengok.Ikut kira game tu kalo aku jadi refree dah banyak dah player kene kad merah.Syazwan Zainon yang baru masuk main je dah kene kad merah.Nasib die tak main 1st eleven kalo tak belum 1st half dah kene keluar kot.Ghani Rahman patut kene kad merah.Banyak giler terjahan keras die buat tapi 1 kad kuning je dapat.Botak dengan Azi Shahril memang tunjuk hero dalam game tu.Tekel memang keras giler siap naik atas kepala.Lepas tu marah refree macam diorang paling mulia.Botak siap ludah Hisyamuddin.Nasib la player Perak ni berakal sikit.Relax je tak balas pun.Nizaruddin Yusof paling kelakar.Jatuh dalam kotak penalti sebab diving then marah refree sebab tak dapat penalti.Ape ni brader?Malu la dekat orang kampung.Ko dah la menipu,ade hati lagi nak marah refree.Diam-diam sudah la.Satu Malaysia gelakkan ko kot.Chow Chee Weng pula tekel orang,tapi die yang sakit.Nasib die tak marah refree.Cukup la ni.Tak larat dah nak tulis lagi.Eh jap lupe pula sorang lagi player.Hamsani Ahmad.Rajin benar protes.Mujur main keeper tak boleh nak ke hulu ke hilir ikut refree.Habis game baru boleh pokpekpokpek.

Ini pula untuk refree dari Ganu kite.Ganu main bola dah power,tapi refree ni pula tak power.Spoil.Tak ade kualiti.Sekali la dengan penjaga garisan semalam.Tak offside di angkatnya bendara.Refree semalam antara sebab utama player Felda berleluasa mengganas.Die langsung ak tegas.Muka cuak je memanjang.Tak warning pun player yang tekel kasar-kasar.Azi Shahril siap nak tumbuk biler kene kad merah.Die tak cukup berani lagi untuk adili game.Duduk jaga garisan jela elok.

Last sekali.Ini memamg special.Khas untuk Azlan Johar.Jadahnya ko ulas semalam??Asyik-asyik sebut Kedah dan KL.Syazwan Kedah dan Syazwan KL siap.Ape kepala beron ke??Semalam yang main PERAK lawan FELDA UNITED.Ade reti??Adoi la ko ni.Nak ulas biar la betul-betul.Jangan la mengarut je.Rimas la.Bercampur baur perasaan akubile dengar ko mengulas.Nak marah ade,nak gelak guling-guling pun ade.Kesimpulan yang aku dengar semalam Azlan Johar bersembang kedai kopi bersama Haji Zainal.

Untuk semua yang di atas ni.Korang kene tau bola sepak kita ni,wajah kita.Jangan la cemarkannya.Sama-sama kita jaga.Ubah semua tu demi sukan ini.

p/s:entry ini tiada langsung kaitan dengan orang yang tinggal di felda.sekian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...