Sunday 24 April 2011

Tak baik tipu

Mak aku selalu pesan,orang tua-tua selalu pesan.
'Tak baik menipu nak,berdozer tau.Nanti masuk api neraka'.
Aku yang jenis dengar kata ni kalo boleh memang elak menipu orang.
Aku pun tak suka buat macam tu.
Kesian dekat orang,teraniaya.
Doa orang teraniaya selalunya dimakbulkan.
Tapi dekat dunia ni orang ada macam-macam jenis.
Yang jenis kuat menipu ni yang ramai.
Ada jenis tipu sorang je,ada jenis tipu orang ramai and lagi teruk ada jugak jenis tipu diri sendiri.


Aku kenal ade sorang yang suka tipu orang ramai dan sekali pakej tipu diri sendiri.
Kire ni 2 in 1 punya.Aku risau bile die buat macam ni.
Dah 6 tahun kot.Apa ilmu la pakai sampai orang percaya giler dekat die.
Satu piala pun tak dapat.Baik main liga kampung,berguni-guni Cup dah dapat.
Lain kali cakap je saya aim no. 3 season ni.
Tak ada la orang ralat dengar.
Player pun cabut lari kalo duduk berzaman dekat situ ape pun tak menang.
Ape ingat hidup setakat nak main bola je ke??
Nak juga merasa menang,nak juga julang piala.
So aku harap akan datang die berubah.
Masih belum terlambat untuk semua tu.
Arsene Wenger kembali la ke pangkal jalan.
Keluarkan la duit beli player power.
Cukup-cukup la menipu,tak bawa ke mana pun.


Korang tatapi serangkap pantun yang aku nak bagi ni.


Siakap senohong,
Gelama ikan duri,
Bercakap bohong,
Lama-lama mencuri.

Robin pun tak mampu selamat kan Arsenal
Maafkan aku sebab tipu korang
Nah amik ang,aku gimnastik dulu
Please Stop it!!!!

GGMU



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...