Thursday 21 April 2011

2#El Clasico:Battle of Mestalla

Game Barca Madrid tadi aku tengok dah macam game ultimate fighter.Tak pun macam game main dekat street je.Tak puas hati sikit je gaduh.Rajin bebenor la diorang ni bergaduh.Muka masing-masing macam nak makan orang je.Nasib Valdes tak main,kalo tak die la raja gaduh.Tak padan main keeper,die yang lebih.Dalam sibuk nak bergaduh tu ada sorang je player yang boleh buat semua player lain senyap,Iker Casillas.Sebagai seorang kapten real merangkap kapten Sepanyol,semua orang tak berani gaduh dengan die.Giler respek.Baru style itu macam.


OK buang bab gaduh jauh-jauh ke laut.KIta cerita pasal bola pula cukup.


Kalah-seri-menang
Dari kene tibai samapai dapat menang Cup.Betapa kagum aku dengan the Special ONE sebab bijak susun strategi and tactical.Setiap game die tukar line-up dan setiap line -up yang die ubah bagi keputusan yang lagi baik.Coach yang berjaya cari unlock key untuk tumpas kan team paling dahsyat dekat dunia.Ape otak si Mourinho ni pakai??Tactical semalam bukan setakat elak Barca buat gol,nak try pun payah.Even Barca control game,tapi satu shot pun tak ade dalam 1st half.Real Madrid yang serang sekali sekala pula yang beberapa kali hampir gol especially dari CR7.


Dani Alves beberapa kali kalah main lumba lari dengan Maria.Macam lipas kudung larinya.Taktik letak Pepe main midfield untuk kali kedua memang menjadi.Habis semua kaki di taramnya.Tak payah sibuk nak fikir passing smart-smart macam Iniesta dan Xavi.Potong bola lepas tu terus thru pass.Main counter sudah kata Mourinho.Semua defend Real sangat berdisplin.Mesti jadi pengawas time sekolah dulu ni.


Sepatutnya Real boleh menang dengan lebih banyak gol,tapi CR7 missed beberapa peluang keemasan.Rugi baq ang!!!Tapi jaringan CR7 pada masa tambahan cukup untuk memisahkan dua musuh tradisi ni.Tandukan cantik hasil crossing dari Maria membuatkan Pinto terpaksa mengutip buah kelapa yang bergolek masuk ke gawang die.Pinto ni boleh tahan juga main.Ganti je Valdes bagus juga.Aku lame dah dendam dengan Valdes ni.


First season dengan Real dah dapat Cup.Power la mamat Jose ni.Nantikan dua lagi El Clasico.Tengok siapa pula yang kena.Adios Amigos.


Thru Champion

Gua plan nak gelecek je untuk Cope Del Ray ni,xmo gol.ok tak??
Amacam Pep??Style tak gua score??
Korang ni duduk sekampung pun kuat gaduh ek.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...