Saturday 30 April 2011

Warkah berlagu pilu

Kenapa Heurelho Gomez macam ni??Kenapa??Kenapa??
Tak mungkin salah ibu yang mengandungkan kau.
Mana mungkin di sebabkan dari ayah yang penat membanting tulang untuk sesuap nasi.
Apatah lagi guru-guru yang mengajar kau sejak dari kecil.
Ini semua bukan salah mereka.
Tetapi kenapa ia terjadi pada kau, Heurelho Gomez.
Bukan sekali dua,tapi dah banyak kali.
Kau bukan tak hebat,kau hebat orangnya.
Semua bola yang datang dari cubaan yang susah semua kau tangkis sedaya upaya.
Lagaknya seperti penjaga gol yang tiada tolok banding.
Tapi tatkala pihak lawan memberi tendangan persis anak kecil,kau dengan mudah melepaskannya.
Kenapa begitu wahai Heurelho Gomez??
Aku tak sanggup memberi kau kain pelikat semata-mata untuk menyelamatkan bola itu.
Kau kene ingat walau 10 kebaikkan yang kau buat,orang hanya akan pandang 1 kesilapan bodoh kau sahaja.
Kau kene sedar tentang hakikat itu.Muhasabah diri kau.
Fikirkan sejenak tentang semua kesilapan bodoh lampau yang telah kau lakukan.
Kasihani kami,kasihani rakan-rakan anda,kasihani diri anda sendiri.
Tolong,aku merayu pada mu.Hanya untuk kali ini.


-Warkah dari Spurs-


Tak mungkin jadi lagi!!!
Biarkan aku beradu sebentar
Dari pandangan mata penulis
Tak guna lagi bertikam lidah
Anak kecil yang dimaksudkan

p/s:tak gol pun sebenarnya.tapi apakan daya.refree kata ya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...