Sunday 12 June 2011

PialaFA Final:Ganu Kite!!!

Satu Malaysia tahu yang semalam Terengganu menjuarai final piala FA selepas 11 tahun diorang menanti.Tahniah buat anak buah Irfan Bakti sebab berjaya laksanakan tugas dengan baik.Perlawanan akhir yang aku kire bermula agak perlahan tapi berakhir dengan aksi penuh dramatik.
  • Game 1st half agak hambar sebab kita boleh tengok berapa kali je dua-dua team ni buat shot on target.2nd half baru graf permainan semakin meningkat.
  • Manaf mamat aku kire paling banyak kene tackle semalam.Betul-betul player Kelantan tak bagi chance untuk die bawa lebih.
  • Pemain paling mantap untuk Kelatan semalam adalah Nurul Azwan Roya.Lincah,bijak jaringkan gol,pantas dan rajin.
  • Untuk Skuad peteh pula paling menyerlah sekali Joseph Kalang T di samping Ashaari dan Manaf.
  • Kalang T aku syak die makan sup biawak la.Stamina dah macam hape ntah.Dahsyat woo!!!
  • Floppy of the match aku pilih Abdul Hadi Yahya.Peluang tak sempurnakan,main macam tak ade vision.Mungkin tekanan final buat die tak perform semalam.
  • Daudsu pula bukan tak form,die malang sebenarnya.Own goal yang terjadi tak kene pada masa.Die cube buang bola tu,tapi cara die tersilap.
  • Back four Terengganu bermain sangat baik terutama Marzuki Yusof.Helmi Remeli dan Zubir tunjukkan yang diorang memang layak untuk dipanggil dalam skuad kebangsaan dan olimpik
  • Gol Azwan Roya memang terbaik dari ladang bak ang.Gol dengan bola chip tak ade siapa berani kate gol macam tu tak cantik.
  • Jaringan pertama Terengganu sebenarnya hasil dari gerakan cantik Ashaari tapi berpunca dari kelekaan defend Kelantan.Bertahan sambil lewa sebab dah ingat boleh menang.
  • Set piece untuk 2nd gol Terengganu sangat menarik.Even Kelantan loose marking tapi idea tu tetap terbaik.
  • Sharbinee hampir buat perangai macam Gomez semalam.Mujur je Ramzul tak gol.Suka sangat buat silly mistake.
  • Kelantan kalah bukan sebab tak bagus tapi sebab Terengganu main lagi baik malam tadi.
  • 11 kad kuning semalam dah buktikkan kesungguhan diorang bermain dalam final ni.
Apa sebenarnya membezakan Terengganu(juara) dan Kelantan(naib juara) semalam?
Tolak ketepi skill individu,lihat pada satu pasukan.2 benda yang skuad peteh lebih adalah dari segi mental dan fizikal.Terengganu bermain mati-matian sampai wisel penamat sementara Kelantan hilang fokus untuk last minute sebab tengah leading.Terengganu mampu main untuk 120 minit.Kelantan kurang mampu.Nampak beberapa player Kelantan tak mampu bermain seperti biasa bila masuk masa tambahan.Hanya dengan 2 sebab Kelantan terlepas piala FA but overall both team really did a very good job.=)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...