Tuesday 28 June 2011

Bernafas dalam lumpur

Giler ape aku dah lame tak update blog.
Punye la malas aku ni.Nafsu serakah tu tak sampai-sampai bile aku terfikir nak tulis.So sempena aku tibe-tibe tulis ni aku gabung la semua kejadian yang dah berlaku sebelum ni


Malaysia Olimpik
Tahniah sebab akhirnya melangkah ke pusingan akhir zon Asia.Saat-saat yang semua penduduk Malaysia tak kira ceruk mane dah lama tunggu.Menjadi 12 pasukan terbaik zon Asia dan satu-satunya wakil dari Asia Tenggara amat menterujakan aku.Malaysia sekarang pelan-pelan mendaki tangga yang tinggi ni.Aku dongak ke atas.Aku nampak kipas berpusing laju.Teruskan mengaum Harimau Muda ku.


Malaysia dewasa
Esok lawan Taiwan.Dengan rekod dan reputasi yang semakin baik harapnya diorang mampu benam Taiwan di Bukit Jalil.Pemain-pemain berbakat era ini di himpun jadi satu.King Gopal kate 'yang penting saya mahukan kemenangan'.=)


Piala Emas Concacaf
Mexico gah dengan menjuarai Concacaf kali ni.Player-player muda berbakat.Kalo Amerika Selatan ade Brazil,Yurop ade Spain tapi Amerika Utara Ade MEXICO.Mister potato senyum je tengok dos Santos punya gol.


UEFA under-21
Dah kalo tonemen dekat yurop tak ade dah orang lain boleh menang kalo bukan Spain.Tak kira la umur berapa pun,Spain jugak la yang power.Yang tak power-power tak kire umur tapi glamer pula, England je.Publisiti tak tentu pasal.demnyu.


p/s:ok berjaya habiskan.fuhhh berpeluh

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...