Sunday, 3 April 2011

El Matador


Name die Edinson Cavani.
Umur kurang setahun dari aku.
Tinggi,tinggi sikit dari aku.
Main untuk Uruguay dan Napoli.
Korang sure aku rase tak berapa kenal die berbanding Diego Forlan dan Luiz Suarez yang memang dah lama melekat di hati peminat bola sepak dunia.
Kalo korang nak tau name die sekarang meniti rapat di bibir peminat bola sepak Italy terutama fans Napoli.
Jaringan-jaringan die membantu Napoli menduduki tangga ke-2 sekarang.
Dengan jaringan mencecah 22 gol die sekarang antara pencabar untuk pemenang kasut emas serie A untuk season ni.
Eto'o pun terpakse intai dari belakang je.
Berdoa die tak gol dah lepas ni.
Hampir separuh jaringan Napoli dihasilkan oleh mamat ni.
Buka transfer window nanti silap-silap banyak team besar beli batang pancing,pukat,jala dengan bot penunda.
Nak tangkap ikan besar la katakan.
Kalo untung makan umpan dapat la.
Satu benda yang aku dapat bila tengok die ni,Uruguay sentiasa tak ketandusan bakat penyerang.
Position lain ade juga tapi position striker paling menyerlah.
Nice la.Keep it up.

Saturday, 2 April 2011

Tolong Kejar

Pesanan penaja ini khas untuk Chelsea dan Arsenal.Before ni kan aku dah bagi tau kalo nak kejar Man U sila pakai ferrari,yang pergi pakai inspira kenape??Rooney punye la tekan minyak sampai 180kmh,yang korang bawa 110kmh ikut peraturan highway PLUS apasal??Takut kene saman la tu.Dah kene tinggal ni ape nak buat??Tak kan nak makan asap je kot.Koman-koman pun kejar la sampai nampak no.plat.Pesanan tammat di sini.Sekian.


Penyokong Man U hari ini boleh tersenyum lebar sebab pencabar diorang Chelsea dan Arsenal same-same dah plan untuk seri.Terima kasih daun keladi.Lain kali sila buat lagi.


Buat penyokong Liverpool, lupekan kekalahan semalam.Ayuh imbas kembali kenangan silam saat kegemilangan anda.Saat anda dijulang penuh gah.Saat pasukan lain menggigil bertemu anda.Ooohhh indahnya.




Khas untuk anda.
ikhlas dari saya.

Rekod 9 tahun musnah.Sekitar San Siro.

Jose Mourinho @ the special one kali ni terpaksa pasrah dengan kekalahan Real Madrid ke atas Sporting Gijon.Kekalahan tersebut telah memecahbelahkan rekod yang di pegang selama 9 tahun iaitu tidak pernah tewas dengan mana-mana pasukan bila main dekat home.Tapi semalam tidak lagi.Rekod 9 tahun tersebut lebur.Lama betoi ye.Kalo budak-budak dah boleh amik PTS.Kalo orang berniaga sekarang ni mesti dah buka kedai besar.Kalo orang kahwin anak dah boleh dapat 5 kot.Real sekarang semakin ketinggalanjauh untuk kejar takhta liga.Aku predict diorang tak akan menang season ni.Tatkala diorang kehilangan point,Barca terus mara ke depan tanpa menoleh kebelakang walau seinici pun.Maybe Real terasa kehilangan 3 tonggak diorang,CR7,Abam Karim dengan Xabi Alonso.Gonzalo Higuain pula mungkin kene di beri masa sikit selepas baik dari kecederaan.Dengan 8 point ketinggalan,adakah Real masih lagi akan gagal untuk merebut takhta liga??


Pelamin angan ku musnah

Rosennari melangkah setapak lebih lagi bila diorang kalahkan musuh sekampung Inter Milan dengan kemenangan yang penuh bergaya.Alex Pato dengan bisa yang belum di buang telah berjaya mematuk 2 kali ke arah pintu gol Julio Cesar sambil 1 lagi gol dihasilkan oleh budak nakal Italy Antonio Cassano.Sneidjer,Eto'o,Pazzinni,Motta,Cambiaso semuanya gagal memberi rase gerun kepada benteng Milan.Kebal dan kental bertahan.Dengan Real Madrid dan Arsenal masih gagal dalam perebutan takhta liga,Milan sebaliknya berpeluang merampas Seria A kembali.Lame dah diorang tunggu.Kehilangan Ibrahimovic tak dirasai kem AC Milan untuk kali ini.Kemenangan ni mungkin hadiah untuk ex-coach diorang yang pergi berlalu begitu sahaja ke Inter,Leonardo.Bak kata arwah Din Beramboi.Padan!!!

Tolong panggil aku sarung jersey kebangsaan





Terus Mara

1.Perak kembali memberi cabaran dengan menewaskan Felda United 1-0 hasil jaringan kemey rijal.Rekod tanpa kalah dalam liga super 2011 masih diteruskan.Ini yang awok suke ni.

2.Selangor juga meneruskan rentak same dengan membenam Tok Gajah.Gajah,gajah,gajah.Adoi...

3.Kelantan kekal menerajui liga.Masih gah di stadium keramat.Anak rimo rebah menyembah bumi.

4.n9,ganu,perlis,johor Fc.Semuanya draw.1 markah untuk sorang ye.Jangan berebut,mak marah.

5.T-Team mengganas,mengamuk,meracau.3 biji bagi dekat Sabah.Kenapa kau tengok saja bah??Kenapa??

Carta liga ada di sini

Rentak Juara.Langkah Champion.

Game tadi team Champion je boleh buat.
Cerite banyak pun tak guna.
Korang sendiri tengok dengan mata kasar korang macam mane budak-budak setan merah main.
Ini baru orang kate attitude sang juara.Bukan sang buaya.
2 penalti bukan masalah untuk diorang.
Tutup mate je kejar.
Rooney punya performance aku bagi 10 berbintang bulan matahari.
Freekick dasyat.2nd goal dasyat.Penalti simple,stail.
Chicha comel sentiasa jadi pemain favourite aku.
Selamat mengejar wahai Arsenal dan Chelsea.
Hambat naik ferrari jangan naik kancil.


tak payah banyak try.satu kali try satu kali masuk der.

Superb performance by him






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...