Tuesday 19 April 2011

Habis 1st round

Liga super melabuhkan tirai pusingan pertama malam ni.Semua pasukan pilihan berada di tempat yang dijangkakan kecuali nogori sombilan.Nak tau carta terkini korang klik di sini.Team Sabah Hawk,Kedah Kenari dan HMA je yang tak cukup 1 game.Yang lain semua cukup sifat dah untuk 1st round ni.

1.Selangor kekal tangga teratas liga hasil kemenangan malam ni ke atas Sabah.Korang penyokong Red Giant boleh cakap TQ dekat Syed Adney@IrwanShah sebab lepaskan gol 'bijak' dalam game tadi.Dengan kesilapan tu die sekarang setaraf dengan  Heurelho Gomes.Perghh!!!Bangga aku sebagai rakyat Malaysia.

2.Skuad Peteh menduduki tangga kedua.Seri dengan Perak dah cukup untuk diorang duduk di bawah Selangor.Kejayaan mencuri 1 mata dari Ipoh tadi dirai oleh ultras ganu yang bilangannya boleh dikira dengan jari,termasuk jari kaki.Kelebihan ade pada team penyu untuk 2nd round nanti sebab banyak main home.Jong ke laut!!!!

3.Gomo Kelate Gomo.Tempat ketiga sekarang.Aku rase diorang aim no.1.Tak ape pelan-pelan kayuh.Si kijang malam tadi mengamuk terutama kapitan diorang,Piya.Hatrik siap.Punye la nak tunjuk belang lepas beberapa game kene sisih.Dua biji lagi die bagi Shahrul setelkan.Biso sep demo.

4.Team aku.Skuad seladang hanya mampu menduduki tempat keempat.Seri dengan Penyu game tadi.Nampaknya Perak kene cari jalan untuk selesaikan masalah pemain simpanan yang tak mampu back up team bila player utama injured.Kucar-kacir bile reserve player main.Ngape jadi ngope ni??

5.Pulun Kedah Pulun.Mampu potong team aku if menang dengan HMA untuk last game diorang.Senyap-senyap je naik.Orang lain tak sedar pun.Tau-tau je point dekat dah.Pulun sakan nampak.Pemain dah kembali pada tahap sebenar kot.

6.Felda united awal-awal nampak gah tapi sekarang kene tinggal.Bisnes kelapa sawit ade problem kot.Mujur menang dengan team Pahang malam tadi.No. 6 untuk season pertamma and 1st round ni kire not bad at all la.

7.Skuad Olimpik duduk dekat no.7.Bajet Bekham la tu.Kedudukan terumbang ambing.Beberapa game tewas bila tengah lead.Something wrong somewhere dekat budak-budak ni bile tak boleh maintain leading.Gol bukan main tapi lepas tu kalah.Tapi tak ape,diorang ade 2 game lagi baki untuk 1st round ni.Aku tak kire korang dapat nombor berapa pun untuk liga super ni asalkan main untuk kelayakan olimpik korang power.

8.T-Team beli player mahal-mahal.Siap kene tuduh curi lagi tapi performance kureng.Ape tak cukup lagi ke player diorang ni??Ke kene sumpah.T-Team aku tengok lambat panas season ni,awal-awal asyik kalah je.

9.Jadi la Kuala Lumpur duduk dekat tangga ni.Stadium pun nak tak nak orang datang.Ramai orang pergi Pavi lagi dari pergi stadium.Perabis air liur je diorang kate kalo pergi stadium.Team yang bolos sikit tapi gol lagi sikit.

10.Itu la kate orang ade benda kita tak boleh asyik nak kene bantu sangat.Same la macam team bawah naungan Sultan bola.At last Pahang duduk no.10 je.Penat bagi geran dekat diorang awal-awal.Ape pun tak boleh buat.Takkan nak kene suap dengan bola baru reti.

11.Johor FC kali ni tak duduk tangga atas dah berbanding dari season lepas.Ape yang kurang pun aku tak tau.Azuan Zain perlu buat sesuatu dekat team.Maybe sebab Azuan Roya keluar.Team tak menyengat.Lebah dah macam pepatung.

Carta team gagal.

12.Pendahulu carta gagal adalah Negeri 9.Dengan team serba lengkap,semua orang tak percaya diorang gagal perform dengan baik untuk 1st round ni.Apo kono eh jang??Lain kali aku nak tanya ayu dengan rita ape jadi dekat husband diorang ni.

13.Mengekori rapat N9 untuk menjadi team yang gagal adalah Sabah.Awek-awek Sabah mesti kecewa if tau kedudukan Sabah sekarang.Takkan nak turun liga balik.Baru je nak merase manisnya liga super.

14.Perlis team paling teruk tahap gaban season ni.Asyik kene tibai je.Semua posisi hancur bile budak-budak mentah main.Perlis aku jangka akan wajib turun liga season ni.Yang lain berebut la follow team ni turun sekali.

Tunggu ler awok kejor 2nd round nanti


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...