Saturday 19 March 2011

T_T Lebur.FA Cup QF 2nd Leg.

Terengganu(3) vs (1)Perak (Agg 5-4)
Tak memancor dah kome.Bungkuih dah warung Pak Jabit.Katenye pelanggan dah kurang.Rezeki tak mencurah-curah ke ladang gandum.Itu yang tutup kedai tu.Tahun depan la rasenye baru nak buka kedai baru balik.Musim-musim macam ni telor penyu laku.Biasa la bulan terang sekarang ni.Air pasang.Ketam banyak isi.


Pahang(0) vs (0)KL (Agg 2-1)
'Jangan nak urban sangat'.Itu pesan yang aku dengar dari pejuang-pejuang kemerdekaan Pahang.Anak-anak buah Dollah Salleh tak zaminaminazanggalewa mampu ke separuh akhir.Tok gajah akan bertemu penyu yang akan singgah di rantau abang apabila tiba musimnya.Mudah-mudahan gajah tidak dikejar tikus dan penyu tidak ditindas manusia.


Kelantan(3) vs (0)Felda (Agg 5-2)
Kata orang duit tak mampu membeli segala-galanya.Begitu juga ape yang jadi dengan team Felda.Duit hasil penjualan tanah untuk pembangunan ladang-ladang kelapa sawit tak mampu membantu skuad ini pergi jauh hatta untuk hanya beberapa batu sahaja lagi.The Red Warriors beruntung kerana berpeluang bermain 2 kali di gelanggang keramat gladiator mereka.Semangat Tok Janggut menguasai pemain.Bukan musang berjanggut ye.


Selangor(2) vs (1)Johor (Agg 5-2)
Game ni semua orang tau.Budak tadika pun boleh agak sape akan menang.Ini bukan omong kosong.Ini semua benar belaka.Amri the flying giant(sedap2 aku bagi name) membuat sedikit fuyoo magis dengan jaringan-jaringan beliau.Johor boleh try lagi tahun depan.Tanam nenas banyak sikit.Jangan asyik main politik.Tolong jage sempadan ye jangan sampai di serang orang-orang kota Singa.Auuumm~~~

3 comments:

  1. apa kena mengena ngan bulan penuh dgn ketam banyak isi??cre cite..

    ReplyDelete
  2. hahah org ckp kalo bulan penuh air pasang,ketam bnyk isi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...