Wednesday 30 March 2011

Tolak ketepi Kesahihannya


Gambar atas ni aku amik dari blog mamat ni yang amik dari page fb Presiden FAM Sila Letak Jawatan.Member aku suruh komen.Tapi aku pun tak tau nak komen macam mane.Email atas ni sebenarnya regarding ketidakpuashatian rakyat Malaysia terhadap perlawanan persahabatan yang di aturkan FAM antara Malaysia dengan Etoil FC.Ramai yang marah dengan FAM.So,penulis email ni(Khirul Shazely Abd Razak) membuat satu langkah drastik dengan cuba mengajak pasukan kebangsaan Malta menentang pasukan negara kita.Ini ape yang khirul tulis dalam page PFSLJ dekat fb.


Email kepada FAM:-
"Saya Khirul Shazely menghantar email kepada pasukan kebangsaan Malta untuk mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa dengan pasukan kebangsaan Malaysia. Kemudian saya telah menerima maklum balas dari Lawrence Ellul dan mereka berminat untuk mengadakan perlawanan tersebut. Di harap pihak tuan dan puan dapat memberi maklum balas serta proposal kepada Lawrence Ellul secepat mungkin supaya perlawanan persahabatan dapat diadakan pada bulan April ini. Di sini saya tiada kepentingan peribadi cuma untuk melihat pasukan kebangsaan dapat mengadakan perlawanan persahabatan yang bertaraf antarabangsa setiap bulan.(Sila lihat message yang saya terima daripada Lawrence Ellul)"
Kerja saya telah selesai kali ini tanggungjawab FAM untuk melaksanakan impian peminat tempatan.


Respon dari email itu,persatuan bolasepak Malta ready je nak main.Just bagi tarikh dengan venue.Setel je benda tu, game on kalo Malta punya team free.Nampak mudah,cepat,tuntas.Menarik aku tengok inisiatif die ni.Kerja ikhlas macam ni perlu di puji.FAM perlu lihat perkara ni dari perspektif yang lebih terbuka.Pihak jawatankuasa pertandingan antarabangsa FAM perlu ambil berat perkara ni.Kalo Khirul boleh setup match semudah itu,apekah FAM tak boleh buat??Organisasi yang sudah lame ditubuhkan macam FAM tak mungkin tak tau bagaimana nak urus perkara macam ni.Sepatutnya benda ni semudah memasak nugget ayam ayamas.Tapi FAM menampakkan perkara ni seperti sesuatu yang susah.Kredibiliti FAM akan dipertikaikan oleh peminat bolasepak tempatan.Sejauh mane organisasi ni mampu membantu kemajuan bolasepak kita.Aku tak nak salahkan FAM sepenuhnya tapi kadang-kadang terdetik nak rase macam tu.Mungkin FAM dah cuba,tapi mungkin cubaan tu tak cukup.FAM kene bijak merangka perkara ni.Plan A tak jadi,pakai plan B.Plan B tak jadi pakai plan C.Buat la banyak mane pun plan asalkan perlawanan persahabatan antarabangsa tu berjaya.Aku tak tau plan diorang.Tapi untuk friendly yang lepas bagi semua peminat plan diorang gagal.Fikirkan perkara ni.Bukan untuk diri sendiri.Bukan untuk FAM.Tapi untuk seluruh peminat bolasepak Malaysia dan mase depan bolasepak Malaysia.KAMI bukan bekerja untuk mencari kesalahan FAM.KAMI juga bukan melatah.KAMI hanya rasional.

PEACE.OUT.


2 comments:

  1. ap kata kelab bola USMkk lawan skuad Malaysia??syok x??ehehe

    ReplyDelete
  2. syok tu...aku kene ready kn pasukan aku mcm ni...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...