Friday, 18 March 2011

Roger and out

Nampaknya Liga Super Malaysia dah kene tempias liga-liga utama dunia.Bukan tempias hujan dari segi permainan or gaji pemain tapi tempias dari segi pemecatan jurulatih.Dasyat sekarang ni.Kalah desak pecat.Kalah desak pecat.Kalah desak pecat.Kalo aku jadi coach pun pressure.Ape ingat aku ni ade Super Power nak ubah team jadi menang suka-suka hati.Bukan la nak back up coach-coach ni.Ade juga yang memang patut letak jawatan.Tapi game Liga Super baru je masuk game week 7 dah desak bagai nak gila.So far 3 coach dah out.Macam main royal rumble dah.Ce lihat satu-satu kes ni.





1.Mostakheen Omar punya kes kalo aku jadi pengurusan aku tak bagi die undur diri.Tapi dengar cerite pengurusan teruk yang menyebabkan MO undur diri.Untuk team benda tu memang tak bagus.Sebab ape??sebab team Perlis season ni tak ade pengalaman.Budak-budak muda main.So tak boleh la nak tukar coach suka-suka hati.Persefahaman player perlu di bentuk and benda ni makan mase.Kalo belum ape-ape dah tukar coach susah la kan.Baru nak faham taktikal yang sorang ni dah kene dengar taktikal baru dari coach lain pula.Fenin dibuatnya.Lagi satu expectation memang tak boleh tinggi sampai langit ke7 untuk team macam ni.Parah dibuatnya kalo angan-angan macam tu.Ikut pengalaman aku Sharifah Zarina je boleh handle kalo melibatkan sampai langit petala 7 ni.





2.Hj.Ahmad Yusof.Ini pun kesian juga.Prestasi Kedah merundum.Macam biasa coach dipersalahkan.Dapat pakai All-Stars punye line-up pun tak perform.Orang luar sure nampak Hj Mat tak mampu bawa skuad Kedah pergi jauh.Jadi,atas desakan banyak pihak pengurusan buat pilihan rehatkan beliau.(biasanya lepas tu pecat terus).Penolong jurulatih Radhi Mat Din yang hanya ada lesen B naik pangkat.Name liga ganas dah tapi team pakai coach class B je.Ape class??Kontrak Hj.Mat dengan Kedah tak habis lagi so, Hj Mat boleh la rehat dengan tenang sambil gaji masyuk.Layan juga macam tu.





3.Ini kes tuan punya badan sendiri letak jawatan atas dasar rase tanggungjawab.Wan Jamak Wan Hassan letak jawatan jadi coach N9 and pengurusan terpaksa terima seadanya.Sekarang pakai Faizal Zainal jadi coach sementara.Lesen ape pulak ade??itu aku tak tau.N9 team dah power.Memang meletop kababoom.All-stars Malaysia ramai dalam team ni.Dari yang jaga gol sampai yang nak sumbat gol.Semua terror.Farizal Marlias,Hafiz Zamani,Shukor Adan,Kembar artis,Hai-O,Fakri Saarani,Kunalan.Sepatutnya team ni power.Bukan macam kedudukan sekarang.Atas dasar tu mungkin aku rase die di desak undur diri.Tambahan pula Piala Fa diorang kalah.


Untuk ketiga-tiga coach ni aku rase diorang tak payah risau sangat.Bukan ramai mane pun coach sehandal and sefaymes diorang dekat Malaysia ni.Pusing-pusing sure ade team panggil jd coach.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...