Saturday 12 March 2011

Liga Super Game Week 7





Keputusan Liga Super..

Pahang 2-0 Kelantan
Negeri Sembilan 1-2 Selangor
Kedah 2-1 Terengganu
Felda 2-0 Perlis
T-Team 0-0 Perak
Kuala Lumpur 0-0 Johor FC
Sabah vs HMA(Tunda akibat hujan)
  • Kelantan mencatat kekalahan pertama musim ni apabila tumbang dilanggar serta dipijak Tok Gajah.Diharap Sultan bola dan Dato' Siti bergembira dengan kemenangan ini.Tan Sri Annuar jangan bersedih.Banyak lagi game.Kelantan still top of the league kerana kelebihan jaringan
  • Apo kono ei jang?Apo kono ei jang?Apo kono ei jang?tiga kali dah aku tanya ni.Den malas nak jawab.Ekau pikir la sendiri Nabil.Main home pun bungkus.Apa macam kembar??Selangor pula masih berbisa walaupun tanpa kelibat Safee Sali.(Pelita kalah ye tadi lawan Persib)
  • Kedah pulun.Amboi menang pulak Kedah malam ni bila Ahmad Yusof di rehatkan.Adakah sebab Radhi Mat Din Kedah menang??Semestinya tidak.Kedah menang sebab keropok lekor kat terengganu habis.Itu je pun.
  • Budak-budak kelapa sawit berjaya mendapat 3 mata penuh.Nampaknya coach baru Perlis tak berapa nak bawa tuah dekat team berbanding coach kedah.Singa Utara tumpas terkena buah kelapa sawit.Mandur-mandur di ladang semua berharap gaji dapat dinaikkan sempena kemenangan malam ini.
  • Hantu Kak Limah gagal mengkucar-kacirkan Kampung Peter Cech(Syamsuri Mustafa) apabila hanya mampu seri tanpa jaringan.Namun berita baik kepada Pak Jabit dan Pak Abu,skuad skor yob skor adalah pasukan tunggal yang belum lagi tewas untuk season ini.
  • Sang Lebah dan Kolumpo berkongsi mata,berkongsi gol yang tak ada,berkongsi minuman dan berkongsi suka dan duka bersama-sama tanpa mengira bangsa,agama dan warna kulit.Semangat ini yang kita mahukan.
  • Sabah bah kau.Teda game pulak bah di sana.Khabarnya hujan lebat menyebabkan game di tunda.Elok la tu.Kasi rehat sikit budak-budak HMA.Susahnya bila banyak tanggungjawab ni.Nak diluah mati emak,nak ditelan mati ayah.Ce try kemam tengok ape jadi.

Kedudukan terkini team dalam liga super korang boleh baca dekat sokernet.Sengit dan tengit kedudukan liga sekarang.

4 comments:

  1. ulasan Dato Ikhlas!!!terhebat lah!!

    ReplyDelete
  2. hahahaha ble plak aku dpt dato' ban?

    ReplyDelete
  3. aku anugerahkan kat ko r..kre org uban2 nih buli suke suki r anugerahkan dato..ahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...